Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah

Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut hadir menyaksikan aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Selangor di Stadium Darul Aman, malam ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Sanusi di laman Facebook miliknya sambil disertakan dengan gambar beliau berada di stadium keramat Sang Kenari.

Namun, apa yang mencuit hati netizen adalah mengenai tulisan ringkasnya di laman berkenaan yang berseloroh bahawa pemain import KDA boleh bercakap bahasa Kedah.

“Mai tgk bola sat malam ni, Kedah lawan Selangor. Player (pemain) import kami reti oooo cakap Kedah,

‘Hang ni awatttt’….’Hang pasai paaaaa’,” tulisnya.

Sebelum ini, ucapan tahniah yang dibuat Sanusi terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan skuad itu menjulang Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil mencetuskan kontroversi.

Ia selepas ucapannya itu dianggap ‘tajam’ kerana dilihat seakan menyindir skuad Harimau Selatan yang diperkasa dengan ramai pemain naturalisasi dalam kesebelasan utamanya.

“Tahniah JDT menang Piala FA semalam… sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,” tulis Sanusi di laman Facebooknya, baru-baru ini. BH

Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker