PAS tanpa Khairuddin lincah, segar-bugar – Sanusi

PAS tanpa Khairuddin lincah, segar-bugar – Sanusi

PAS tidak menunjukkan sedikit pun kesan terjejas atau terkesan dengan tiadanya bekas setiausaha majlis syura ulama parti itu, Mohd Khairuddin Aman Razali.

Bahkan menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, parti itu tetap segar-bugar, lincah serta aktif walaupun tiada lagi kelibat ahli parlimen Kuala Nerus berkenaan.

Ditemui media di Alor Setar, Kedah hari ini Sanusi berkata PAS juga sudah mendahului Mohd Khairuddin dalam usaha berbaik-baik dengan Umno.

Kata Sanusi nasihat dan saranan dibuat Mohd Khairuddin untuk PAS agar hubungan kedua-dua parti dipererat dikemukannnya semalam, namun isu berkenaan sudah dibincangkan semasa muktamar di Kota Sarang Semut awal bulan ini.

“Ada usul berhubung perkara itu di muktamar, diluluskan di Dewan Ulama PAS Pusat dan diluluskan dalam muktamar PAS yang berlangsung pada 4 Sept lalu.

“Hari ini berapa hari bulan dah? Maknanya kita mendahului dialah,” katanya dipetik Utusan Online hari ini.

Sanusi yang juga menteri besar Kedah ditanya mengenai gesaan Mohd Khairuddin agar PAS dan Umno melakukan ‘gencatan senjata’ menjelang ulang tahun ketiga Muafakat Nasional (MN).

Untuk rekod Mohd Khairuddin merupakan salah seorang pemimpin kanan dan tokoh ulama PAS yang dikenali ramai. Selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton pada penghujung Feb 2020, dia dilantik menjadi menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

Bagaimanapun selepas perdana menteri bertukar dan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, dilantik menggantikan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, Mohd Khairuddin diketepikan daripada menganggotai kabinet.

Berbanding sebahagian besar pemimpin kanan PAS yang cenderung bekerjasama erat dengan Bersatu, Mohd Khairuddin pula kelihatan lebih dekat kepada Umno.

Dia meninggalkan PAS pada 14 Mac lalu.

Kira-kira dua bulan sebelum itu dia sudah dipecat daripada menganggotai Jawatankuasa PAS Pusat.

Kata Sanusi tanpa Mohd Khairuddin di dalam PAS, parti itu tetap lincah sama ada dalam politik atau pun dakwah.

“Kami tetap lincah, aktif, segar dan bugar tanpa sebarang kelayuan,” katanya.

PAS tanpa Khairuddin lincah, segar-bugar – Sanusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker