Kerajaan tingkat geran, subsidi tenaga boleh baharu – Ismail

Gentari

Kerajaan tingkat geran, subsidi tenaga boleh baharu – Ismail

Kerajaan akan mengkaji semula semua dasar berkaitan sektor tenaga termasuk manfaat Akses Pihak Ketiga (TPA) terhadap infrastruktur grid dan pada masa sama meningkatkan geran promosi dan subsidi sedia ada untuk pengkomersialan dan penggunaan tenaga boleh baharu bersama teknologi berkaitan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail turut menegaskan bahawa pembangunan sumber tenaga hijau harus dijadikan keutamaan dan bukan lagi sebagai satu pilihan dalam setiap perancangan dasar kerajaan pada masa akan datang.

“Dalam aspek tenaga boleh baharu pula, kerajaan akan bekerjasama dengan semua pihak terlibat untuk menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini,” katanya ketika melancarkan entiti milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Gentari Sdn Bhd.

Gentari adalah pembekal penyelesaian tenaga bersih bersepadu dan sehenti, dengan menawarkan rangkaian penyelesaian tenaga boleh baharu, hidrogen dan mobiliti hijau untuk pelanggan komersial, perindustrian dan runcit.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan kepada satu lagi bentuk tenaga hijau iaitu hidrogen, yang mampu menjadi pengubah industri.

“Kita juga akan melancarkan Dasar Tenaga Negara (DTN) tidak lama lagi sebagai komitmen kerajaan untuk peralihan tenaga bagi mengurangkan pembebasan karbon,” katanya.

Mengenai Gentari, Ismail berkata, perasmian Gentari adalah signifikan dalam membantu Malaysia mencapai matlamat negara iaitu pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar pada 2050 seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Pelancaran Gentari seiring dengan usaha kerajaan ke arah merealisasikan sasaran DTN menerusi inisiatif mobiliti hijau, tenaga boleh baharu serta hidrogen sebagai sumber tenaga utama.

“Ia juga meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bidang tenaga hijau ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030,” katanya. FMT

Kerajaan tingkat geran, subsidi tenaga boleh baharu – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker