Lelaki dikecam tampar kucing

Lelaki dikecam tampar kucing

Seorang lelaki dikecam pengguna media sosial ekoran tindakannya menampar seekor kucing yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.

Perbuatan lelaki itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan rakaman tersebut dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia pada laman sosialnya.



Berdasarkan rakaman video, kucing tersebut memanjat dan melalui tembok sebuah rumah dan secara tiba-tiba lelaki itu menampar haiwan itu hingga jatuh ke lantai.

Persatuan Haiwan Malaysia memaklumkan pada hantaran Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di Kulim, Kedah.

“Pemilik CCTV yang melihat rakaman miliknya ini dirayu mengenalpasti wajah pelaku dan seterusnya mengemukakan laporan rasmi jenayah haiwan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan segera.

“Laporkan kes jenayah haiwan domestik di laman web awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar di Hotline 1800-88-5151,” katanya. K Online



Lelaki dikecam tampar kucing


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker