Bunuh Isteri Depan Anak, Siap Ajak Buang Mayat Di Tempat Pembuangan Sampah

Gambar sekadar hiasan

Bunuh Isteri Depan Anak, Siap Ajak Buang Mayat Di Tempat Pembuangan Sampah

Seorang lelaki di Indonesia telah ditahan polis selepas disyaki membunuh isterinya. Suspek kemudian membungkus mayat mangsa ke dalam guni sebelum membuangnya di kawasan pembuangan sampah.

Memetik laporan Detik.com, suspek yang dikenali dengan nama Adi berusia 37 tahun telah membunuh isterinya di hadapan dua anak mereka yang berusia lima tahun dan bayi berusia 40 hari. Pada keesokan harinya, suspek menyediakan dua guni berwarna putih sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalamnya.

Tidak terhenti di situ, suspek kemudian meletakkan barangan peribadi milik mangsa seperti pakaian ke dalam guni tersebut kerana mahu mengaburi mata orang ramai kononnya guni tersebut mengandungi barangan terpakai.



Lebih mengejutkan apabila suspek turut mengajak anaknya perempuannya berusia lima tahun itu untuk membuang mayat isterinya ke tempat pembuangan sampah di Tanara, daerah Serang. Suspek mendakwa dia terpaksa membawa anaknya itu kerana tidak boleh meninggalkannya sendirian di rumah manakala bayi berusia 40 hari itu ditinggalkan di rumah rakannya.

Anak terkejut, trauma

Susulan daripada penemuan mayat, suspek telah ditahan polis dan disebabkan perbuatan membunuh itu dilakukan di hadapan anak-anak maka suspek bakal berhadapan dengan hukuman yang lebih berat. Hasil siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mempunyai ikatan kekeluargaan iaitu bapa dan anak saudara. Meskipun sudah mendirikan rumah tangga tetapi pasangan ini tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Mereka memiliki pertalian darah malah status mangsa pada ketika itu masih dalam ikatan pernikahan dengan lelaki lain. Status pernikahan mereka berdua juga tidak didaftarkan di negara ini.



Difahamkan, anak mangsa yang berusia lima tahun itu akan diberi perhatian khusus dari aspek pemulihan psikologi berikuatan dengan keadaannya yang kelihatan terganggu dan terkejut setelah melihat ibunya dibunuh.
Sumber: Detik.com

Bunuh Isteri Depan Anak, Siap Ajak Buang Mayat Di Tempat Pembuangan Sampah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…



Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker