Lepas Isu “Downgrade” Stadium, Kini PJD Link Pula

Oleh Tun Teja

Pakatan Harapan(PH) menjadi punca utama negara kita mundur ke belakang ketika negara-negara jiran mula maju ke hadapan. Suatu ketika dahulu Selangor merupakan negeri paling maju di Malaysia namun sejak PH mentadbir negeri tersebut, pertumbuhan ekonomi Selangor antara paling rendah.

Sejak beberapa bulan lalu, isu kerajaan PH Selangor mahu “downgrade” Stadium Shah Alam mengundang kemarahan rakyat. Mereka mempertikaikan kredibiliti kerajaan PH yang mentadbir Selangor sejak beberapa penggal yang lalu.

Umur stadium Shah Alam cuma 14 tahun sahaja sebelum penjagaannya diambil alih oleh kerajaan PR/PH pada tahun 2008. Selepas 14 tahun PH jaga, stadium ini dikatakan mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi? Perkara ini dilihat sangat tidak masuk akal kerana Stadium Merdeka yang berpuluh tahun lebih tua dapat diselenggara dengan baik dan tidak pernah mahu dirobohkan pun.

Ironinya Stadium Shah Alam ini bakal diroboh dan diganti dengan stadium baharu berkapasiti 30,000 hingga 40,000 sahaja dengan alasan stadium yang lebih kecil adalah lebih mudah dijaga?

Kini isu Lebuh Raya bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) dipersoalkan rakyat Selangor. Pengerusi gabungan, Sheikh Moqhtar Kadir membantah pembinaan PJD Link dan meminta Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof menjelaskan bagaimana cadangan projek itu diluluskan secara prinsip apabila satu lagi projek kontroversi sama dibatalkan.

PJD Link hanyalah penjenamaan semula Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) yang dibatalkan pada 2015 dan dikeluarkan daripada Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 oleh kerajaan negeri.

Persoalannya, mengapa kementerian tidak mengecualikan PJD Link daripada Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya Malaysia (HNDP) 2030?

Menteri Besar Amirudin Shari dikatakan telah “mengesahkan penjenamaan semula (Kidex)” pada mesyuarat biro politik PKR September lalu. Malah Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang ketika itu merupakan pengarah komunikasi PKR, menyatakan bahawa “Amirudin berkata cadangan PJD Link dikemukakan oleh syarikat swasta untuk menggantikan pelan lebuh raya Kidex, yang merupakan inisiatif Putrajaya”.

Kini rakyat mahu pertimbangan Fadillah untuk mengkaji semula kesahihan perjanjian konsesi PJD Link sejak menteri itu mengakui pembatalan Kidex di Parlimen pada 2016.

Mereka mahu Fadhilah memberi jawapan mengapa kenyataan beliau tidak sama dengan tindakan yang dilakukan oleh MB Selangor. Beliau memberi jaminan bahawa projek itu perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri dan kelulusan Kementerian Kerja Raya, sebelum diteruskan. Malah pemaju projek yang dicadangkan itu perlu mengemukakan penilaian impak alam sekitar (EIA), penilaian impak trafik (TIA) dan penilaian impak sosial (SIA) projek.

Kerajaan PH Selangor meluluskan projek PJD Link pada 3 Sept 2020.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker