Formula-formula hebat Rafizi yang gagal

Formula-formula hebat Rafizi yang gagal

RAFIZI Ramli buat kemunculan semula atas pentas politik tanah air dengan ‘lebih kuasa’ iaitu sebagai Timbalan Presiden PKR.

Dia kini orang nombor dua ‘paling berkuasa’ selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PKR iaitu parti tunjang Pakatan Harapan (PH).



Rafizi mengumumkan bersara politik pada 10 Desember 2019 iaitu pada ketika suara-suara kecewa dan penentangan terhadap Kerajaan PH yang tidak menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin lantang.

Bagaimanapun Rafizi membuat kemunculan semula dengan garang pada April tahun ini selepas menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Dialah yang mencabar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat isu Sapura yang akhirnya menyeret ‘debat abad ini’ antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi kini dianggap sebagai penyelamat PKR dan PH selepas parti itu tewas teruk pada pilihan raya negeri di Sabah, Melaka dan Johor serta beberapa pilihan raya kecil.



Kemunculan semula Rafizi disambut dengan tangan terbuka dan dia berjaya menewaskan pencabarnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun setiap kali nama Rafizi muncul bekas Ahli Parlimen Pandan itu tidak dapat melarikan diri daripada bayang-bayang formula yang tidak tertunai yang ditaburnya sejak tahun 2012 iaitu sebelum PRU13 sehingga PRU14.

Slogan yang menyihir rakyat

Setiap kali PRU, Rafizi dan Pakatan akan muncul dengan konsep, slogan yang menyihir terutama kepada pengundi baru dan orang muda.



Pada PRU13 Rafizi memperkenalkan Buku Jingga, pada RRU14 slogan ‘Bina Semula Negara’ dan menjelang PRU15 dia memperkenalkan ‘Ayuh Malaysia’.

Pada setiap kempen PRU, Rafizi akan muncul dengan beberapa formula yang memukau.

Bagaimanapun formula-formula yang popular hingga mendapat undi rakyat itu tidak mampu dilaksanakan walaupun selepas Pakatan menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Hapus PTPTN & tol, petrol murah, turun harga kereta



Dalam kempen PRU13 di mana Rafizi bertanding kerusi Parlimen Pandan, dia mendakwa Pakatan mampu untuk menghapuskan hutang PTPTN dan menyediakan pendidikan tinggi percuma.

Rafizi yang ketika itu merupakan Pengarah strategi PKR pada 21 April 2012 menulis, ‘Hanya RM3b tambahan untuk pendidikan percuma’.

Formula untuk menghapuskan PTPTN masih boleh dibaca dalam blog Rafizi bertajuk ‘Soal jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN’.



Selain menghapuskan PTPTN, Rafizi dalam kempen-kempen PRU13 turut mengemukakan formula bagaimana harga minyak boleh turun sehingga RM1.50 seliter.

Dalam perkongsian bertajuk ‘Jawapan awal: Pakatan ada jalan laksanakan program Buku Jingga’ Rafizi berkongsi formula tersebut.

Rafizi turut mengemukakan formula bagaimana Pakatan boleh mengambilalih Lebuhraya PLUS untuk menghapuskan tol.

Dalam video bertarikh 9 April 2013 yang masih boleh ditonton di YouTube Rafizi membentangkan formula tersebut.



Katanya, sejumlah RM4 bilion diperlukan bagi tujuan tersebut antaranya termasuk membeli konsesi tol daripada Khazanah dan KWSP yang memerlukan belanja RM1.4 bilion.

Rafizi turut memberikan formula bagaimana harga kereta mampu diturunkan. Katanya, harga kereta perlu diturunkan kerana rakyat menanggung beban hutang yang tinggi.

Menurut beliau, harga kereta mahal disebabkan cukai yang tinggi dan sekiranya Pakatan menang, Rafizi bertekad supaya cukai berkaitan dihapuskan secara beransur-ansur.

Kempen Rafizi sangat memukau dan pada PRU13 dia berjaya merampas Parlimen Pandan daripada Barisan Nasional.

PRU14: Bina Semula Negara dan formula yang gagal

Sememangnya pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol serta harga petrol yang rendah sangat dekat kepada hati rakyat. Sekali lagi, isu yang sama dimainkan oleh Pakatan dalam PRU14.

Rafizi yang berjaya menjadi Ahli Parlimen Pandan sudahpun naik pangkat menjelang PRU14 selepas beliau terpilih sebagai Naib Presiden PKR.

Rafizi yang merupakan pakar strategi PH memulakan jelajah ‘Bina semula negara’.

Rafizi terus menggunakan sentimen harga petrol dalam kempen pilihan raya untuk memikat hati pengundi. Belia tampil memberikan formula bagaimana harga petrol dan diesel boleh turun sehingga RM1.80.

Katanya, formula mekanisme subsidi petrol berkuota boleh menurunkan harga petrol dan diesel dan ia telah dimasukkan dalam buku ‘Panduan Bina Semula Negara’.

Selain itu isu harga kereta terus digunakan oleh Rafizi menjelang PRU14. Beliau mencemuh Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) kerana keengganan Kerajaan Barisan Nasional memotong cukai eksais yang tinggi.

Pakatan Harapan mengitar semula idea popular Rafizi pada PRU13 yang melibatkan petrol, tol dan PTPTN dengan beberapa perubahan pada PRU14.

Idea-idea itu dimasukkan dalam manifesto dan berjanji akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari sekiranya Pakatan menjadi Kerajaan.

Berikutan formula yang begitu hebat. Pakatan Harapan berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan pada PRU14.

Malah PH menguasai Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah, selain negeri tradisi Selangor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun selepas mendapat mandat rakyat, PH gagal menunaikan manifesto tersebut dalam tempoh yang dijanjikan.

Ini menyebakan gelombang kemarahan terhadap Pakatan semakin meningkat hingga menyebabkan parti itu kalah teruk dalam beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri.

Kerajaan Pakatan yang dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad tumbang pada Februari 2020 selepas Ahli Parlimen Langkawi itu meletakkan jawatan apabila kehilangan majoriti selepas ahli Parlimen Bersatu dan 11 pemimpin PKR keluar Pakatan.

Ayuh Malaysia

Kini Rafizi kembali lagi. Beliau telah memulakan kempen PRU16 dengan slogan ‘Ayuh Malaysia’ sejak Julai lalu.

Selain formula berkaitan isu Sapura Energy Berhad (SEB), Rafizi masih belum menampilkan sebarang formula lagi.

Mungkinkah Rafizi akan mengitar semula formula harga minyak, PTPTN, tol, pendidikan percuma dan harga kereta yang dijajanya sejak tahun 2012?

Adakah Rafizi dan formulanya akan memenangkan semula Pakatan Harapan?

Mungkinkah Rafizi berjaya sekali lagi ‘menghasut’ rakyat dengan formula-formula yang hebat tetapi gagal itu?

Adakah kemunculan semula Rafizi dan formulanya akan menyelamatkan Pakatan atau memusnahkannya? MG

Formula-formula hebat Rafizi yang gagal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker