Penyondol Rumah Tangga Diarah Bayar Pampasan RM2.4 Juta Kepada Isteri

Penyondol Rumah Tangga Diarah Bayar Pampasan RM2.4 Juta Kepada Isteri

Akibat menjalinkan hubungan sulit selama bertahun-tahun dengan suami orang, seorang wanita di Beijing, China diperintah mahkamah untuk membayar pampasan berjumlah AS$560,000 (RM2.49 juta) kepada isteri teman lelakinya.

Dah ada anak bersama



Wanita yang dikenali sebagai Xiaoxia itu disaman oleh isteri teman lelakinya yang turut meminta dia untuk mengembalikan semua wang serta pemberian suaminya sepanjang mereka menjalinkan hubungan.

Berdasarkan dokumen Mahkamah Awam Zhuanghe, daerah Liaoning, plaintif dikenali sebagai Li, dan suaminya, Wang, telah berkahwin sejak tahun 1991, dan Wang telah menjalinkan hubungan sulit sejak bertahun lalu.

Dalam pada itu, Li juga mendapati bahawa suaminya dan wanita berkenaan sudah mempunyai anak bersama yang kini telah berusia 10 tahun, dan dia telah menyara mereka berdua selama bertahun-tahun.

Antara bukti yang dikemukakan di mahkamah adalah pemindahan wang sebanyak AS$217,700 (RM969,808) kepada teman wanitanya itu antara tahun 2013 hingga 2020.



Selain itu, Wang juga telah membelikan wanita itu sebuah apartmen berharga AS$214,700 (RM956,444) dan menghadiahkannya sebuah kereta berharga AS$128,800 (RM573,759).

Meskipun itu, Xiaoxia menegaskan bahawa dia tidak tahu bahawa Wang sudah berkahwin dan duit yang diterima daripada lelaki itu hanya dibelanjakan untuk anak mereka.

Undang-undang harta sepencarian

Dakwaan Xiaoxia itu bagaimanapun ditolak mahkamah dengan hujah bahawa perkara tersebut bukan berkaitan dengan isu menyara anak, sebaliknya pemilikan aset.



Undang-undang di China menggariskan bahawa sekiranya ada pihak yang ingin membelanjakan harta sepencarian sesebuah perkahwinan, maka perlu wujud persetujuan pihak yang satu lagi.

Atas sebab Wang tidak pernah mendapatkan kebenaran isterinya untuk memberi wang kepada Xiaoxia, kekasih gelapnya itu diarahkan memulangkan wang berjumlah AS$560,000 (RM2.4 juta) kepada wanita berkenaan.
Sumber: Oddity Central

Penyondol Rumah Tangga Diarah Bayar Pampasan RM2.4 Juta Kepada Isteri


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…



Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker