Saya jumpa PM esok – Hamzah berkait perjanjian PN-Ismail

Saya jumpa PM esok – Hamzah berkait perjanjian PN-Ismail

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin akan bertemu Ismail Sabri Yaakob esok bagi membincangkan perjanjian berkaitan “terma-terma penting” antara Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri.

“InsyaAllah saya akan bertemu dengan perdana menteri esok hari,” kata Hamzah yang juga setiausaha agung PN.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Penerbangan Anti-Pemerdagangan Orang.

Pada 28 Jul, PN menyatakan kekecewaan mereka terhadap Ismail kerana dilihat “tidak bersungguh” memenuhi “terma penting” itu, yang menyokong beliau menjadi perdana menteri.

Hamzah dalam kenyataan berkata, PN mahu menghantar wakilnya untuk bertemu Ismail bagi membincangkan pelaksanaan “terma-terma perjanjian” dalam masa terdekat.

Sebelum ini didedahkan bahawa Ismail menandatangani perjanjian dengan PN sebelum naib presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri ke-9 pada Ogos 2021.



Menurut salinan perjanjian yang dibocorkan baru-baru ini, jawatan timbalan perdana menteri telah dijanjikan kepada tonggak PN, Bersatu.

Pada 2 Jul, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah bertemu dengan Ismail untuk membincangkan pelantikan politik, termasuk jawatan timbalan perdana menteri, seperti yang dipersetujui sebelum ini apabila gabungan itu memutuskan untuk menyokong kerajaan Ismail.

Beliau juga berkata, pelantikan timbalan perdana menteri adalah antara syarat perjanjian antara PN dan Ismail. FMT

Saya jumpa PM esok – Hamzah berkait perjanjian PN-Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini



“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker