Bubar Parlimen jika PN terus desak jawatan TPM – Sharkar

Bubar Parlimen jika PN terus desak jawatan TPM – Sharkar

Membubarkan Parlimen adalah jalan penyelesaian terbaik jika Perikatan Nasional (PN) khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus mendesak untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, ini kerana sebarang pelantikan baharu jawatan dalam Kabinet termasuk TPM tidak diperlukan pada ketika ini.



Lagipun, pelantikan TPM hanya akan menambah jumlah anggota Kabinet yang sedia besar ketika ini. ARTIKEL

“Isu perlantikan TPM tidak perlu pun dibangkitkan ketika rakyat yang terus tertekan. Kelangsungan rakyat lebih utama berbanding ahli politik.

“Jika kerajaan tetap membuat keputusan melantik TPM, rakyat akan merasakan bahawa ia adalah satu pembaziran yang tidak perlu. “Tambahan lagi, pembubaran Parlimen semakin hampir dan jika benar, maka tidak perlulah lantikan TPM,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Lanchang itu juga berpendapat jika desakan terus berlaku, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewajarnya memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen memandangkan tempoh penggalnya pun hampir tamat tahun depan.



“Daripada terus bergaduh soal jawatan Kabinet, lebih baik serah kembali mandat kepada rakyat,” kata Sharkar. MG

Bubar Parlimen jika PN terus desak jawatan TPM – Sharkar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…



Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker