PM Ismail Sabri Ucap ‘Selamat Hari Malaysia’, Ingin Sambutan Jadi Pemangkin Perpaduan Rakyat

PM Ismail Sabri Ucap ‘Selamat Hari Malaysia’, Ingin Sambutan Jadi Pemangkin Perpaduan Rakyat

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tanggal keramat 16 Sept sempena Hari Malaysia hari ini wajar dijadikan titik tolak bagi menyemarakkan lagi perpaduan, keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sesama rakyat negara berteraskan nilai Keluarga Malaysia.

Dalam ucapan ringkas sempena hari memperingati pembentukan Malaysia, Perdana Menteri mendoakan supaya Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara serta Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.



“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada… Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia – Teguh Bersama!,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.
Perdana Menteri dijadual menghadiri dan memberi ucapan pada sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka malam ini.

Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung.- BERNAMA

PM Ismail Sabri Ucap ‘Selamat Hari Malaysia’, Ingin Sambutan Jadi Pemangkin Perpaduan Rakyat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker