Diugut Sebar Video Dan Gambar Lucah, Lelaki Kerugian RM10,000

Diugut Sebar Video Dan Gambar Lucah, Lelaki Kerugian RM10,000

Seorang lelaki kerugian RM10,000 apabila diugut seorang wanita warga asing untuk menyebarkan video dan gambarnya beronani dalam kejadian pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa membuat laporan polis berhubung kes jenayah pemerasan melalui aplikasi telefon bimbit kira-kira jam 7.18 petang.



Menurut beliau, siasatan awal dijalankan mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek yang merupakan wanita warga asing melalui aplikasi Tantan dan telah berkongsi ID dari aplikasi Line.

“Semasa berbual dengan suspek di dalam aplikasi tersebut, mangsa telah diperkenalkan dengan rakan suspek yang lain dan telah diminta memuat turun satu aplikasi dengan memasukkan kod jemputan.

“Selepas memuat turun aplikasi tersebut, mangsa mendapati telefon bimbitnya telah tidak berfungsi.

“Mangsa kemudiannya menerima video pengadu sedang beronani yang dihantar oleh suspek melalui aplikasi Line. Mangsa percaya video ini diperoleh oleh suspek daripada memori telefon bimbitnya,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa diugut supaya memasukkan wang ke dalam akuan bank tempatan atas nama seorang lelaki sekiranya tidak mahu videonya yang sedang beronani tersebar.



“Mangsa yang bimbang dengan ugutan tersebut telah melakukan empat transaksi bank dengan memindahkan wang berjumlah RM10,000 ke akaun diberikan.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan modus operandi penjenayah melakukan pemerasan wang di era teknologi maklumat dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit,” katanya.

Diugut Sebar Video Dan Gambar Lucah, Lelaki Kerugian RM10,000


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker