Resepi Biskut Arab 3 Warna



Sebaran :

Resepi Biskut Arab 3 Warna

Resepi biskut Arab yang sangat gebu dan cantik dalam 3 warna. Senang nak dibuat dan bahan pun tak banyak. Sedap pula tu 🙂

Biskut ini termasuk dalam senarai biskut wajib disediakan pada hari raya. Cubalah ya. Raya dah tak lama.

Sebelum tu bagi yang belum buat persedian untuk korban, cepat-cepatlah buat persediaan bagi yang mampu. Jangan tangguh amalan yang mulia.



Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak:20 minit
Jumlah Hidangan:40-50 biji

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 tin kecil mintak sapi (anggaran)
pewarna kuning
pewarna pink atau merah
pewarna biru

Cara-cara



Ayak tepung gandum di dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak di atas api yang perlahan sampai rasa tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.Kaedah ini dipanggil sangai.

Ayak lagi sekali tepung gandum (kalau tak nak ayak pun tidak mengapa, kita ayak supaya nk tepung tu tidak berketul lepas disangai).

Gaulkan gula kastor bersama tepung. Kemudian sudukan minyak sapi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan uli sehingga terbentuknya doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.

Bahagikan kepada 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga sekata.



Cubit sedikit doh secara sama rata dari 3 warna doh dan uli sehingga menjadi bulat pada saiz yang agak-agak muat ke dalam paper cup.

Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 °C. Angkat dan sejukkan.Golek kuih bersama gula kastor dan masukkan ke dalam paper cup.

Resepi Che Nom

Resepi Biskut Arab 3 Warna




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi puding oreo sedap


Sebaran :


Leave a Reply