Resepi puding oreo sedap



Resepi puding oreo sedap

Ramai suka makan puding dan ada bermacam-macam jenis puding yang ada. Nak buat puding ni memang mudah saja. Tak ambil masa yang lama.

Lagipun keluarga terutama kanak-kanak memang suka dengan puding ini.

Sekarang ini ramai yang luangkan masa di rumah, eloklah kalau kerap ke dapur dan mencuba resepi-resepi baru. Pasti keluarga pun happy saja.

So hari ini kita cuba buat puding guna oreo. Orea kan kegemaran kanak-kanak, kadang-kadang yang berumur pun suka.




Sedapnya puding oreo ni. Bagi penggemar puding, resepi puding oreo ini wajib anda cuba.

Cara penyediannya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

BAHAN

1 peket serbuk agar-agar
750 ml air
160 gm gula
1 tin susu cair
¾ cawan milo
175gm biskut oreo

CARA




1.Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
2.Kemudian masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
3.Masukkan susu cair kacau sebati. Masak sehingga mendidih.
4.Asingkan dua cawan adunan puding. Satu adunan puding campurkan dengan milo, kacau sehingga sebati.
5.Basahkan acuan dengan air, kemudian tuangkan adunan milo.
6.Apabila lapisan milo sudah keras cakar-cakarkan sedikit dengan garpu. Kemudian tuangkan adunan yang kosong. Susunkan biskut oreo di atasnya. Tunggu sehingga keras dan simpan di dalam peti ais. Sedia dihidangkan.

Resepi oleh Norzila Saim

Resepi puding oreo sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Resepi Mee Sizzling



Leave a Reply

Your email address will not be published.