Larangan usul undi tak percaya

Larangan usul undi tak percaya. Usul undi tidak percaya difahamkan tidak dibenarkan sepanjang sidang Dewan Rakyat berlangsung lima hari bermula 26 Julai ini berikutan ia memberi keutamaan untuk membincangkan hal-hal rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, beliau difahamkan usul undi tidak percaya tidak ada dalam lunas peraturan kerana semua usul perlu datang daripada mana-mana menteri yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan.

Menurut beliau, tempoh persidangan yang singkat itu perlu digunakan sebaik mungkin bagi membincangkan isu lebih penting berkaitan rakyat khususnya mengenai pandemik Covid-19.



“Saya tidak menduga perkara itu (usul undi tidak percaya) berlaku sebab lunas untuk membuat perkara tersebut sangat terhad dan peraturan mesyuarat tidak membenarkan mana-mana pihak membuat usul tidak percaya yang sengaja hendak keruhkan keadaan pada hari sidang Dewan Rakyat.

Rais memberitahu, beliau difahamkan sebuah jawatan kuasa sudah memulakan tugas untuk membuat panggilan kepada ahli-ahli parlimen, namun keterangan lebih teliti berhubung perjalanan sidang akan dimaklumkan lima hari sebelum bersidang.

“Dalam hal ini, satu jawatankuasa pemandu sudah mengerak kerja, jadi saya bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun serta anggota-anggota teknikal pentadbiran undang-undang sudah lima kali bermesyuarat dan sudah membuat persiapan. Surat untuk memulakan panggilan sudah dikeluarkan kepada ahli-ahli parlimen dan pihak lain.

“Ini termasuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Jawatankuasa sudah meneliti agenda-agenda yang akan dibentangkan, maklumat secara terperinci tentang persidangan akan diumumkan lima hari sebelum persidangan dimulakan,” kata beliau.



Apa yang penting menurut beliau, sidang Parlimen yang pertama selepas pengisytiharan darurat bukan sidang hibrid.

Mahkamah putuskan Lokman Adam bersalah hina mahkamah

“Dalam sidang ini juga kerajaan akan membentangkan banyak dokumen dengan salah satu berkenaan Ordinan Darurat yang perlu dibentang di bawah kuat kuasa perkara 150 (3). Jadi kertas itu hanya dibentang oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri atau lebih afdal oleh Perdana Menteri sendiri.



“Walaupun kertas itu di bawah 150 (3), anggota dalam mana-mana ruang bolehlah menimbulkan apa-apa persoalan yang hendak dikemukakan,” kata Rais.

Bagaimanapun, Rais berkata, ahli parlimen boleh mengemukakan soalan-soalan seperti persidangan sebelum ini dan ia akan disusun di bawah peraturan mesyuarat.

“Ini bukan sesi taklimat khas, soalan biasa turut akan dijemput. Namun, kita belum tahu bilangan soalan yang dapat dilayan kedua-dua dewan kerana waktu sangat terhad.

“Dalam persidangan ini, peraturan mesyuarat biasa adalah diterima pakai untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tinggal lagi Yang Dipertua masing-masing ada kuasa hendak menggantung operasi peraturan mesyuarat atau sebaliknya.



“Kalau Yang Dipertua menggantung peraturan mesyuarat, jadi hak yang ada pada ahli parlimen itu adalah asas dan terus boleh mengemukakan hal yang di luar peraturan, tetapi menggantung peraturan mesyuarat ini tidak akan berlaku kerana tiada keperluan untuk berbuat sedemikian walaupun ia terletak di bawah peraturan 90,” ujarnya lagi.

Rais dalam masa sama turut menjangkakan soalan berhubung darurat akan banyak ditimbulkan khususnya berkaitan Covid-19, kuasa membelanjakan kewangan di bawah peraturan darurat dan kuasa menentukan pengambilan vaksinasi.

Selain itu, turut menjadi fokus pada persidangan kali ini adalah program persidangan hibrid berikutan ada banyak aspek persidangan itu yang perlu dijelaskan dan implikasi undang-undang serta pentadbiran.
“Parlimen akan mendengar hujah itu dan memberi jawapan di dewan, mana yang berkaitan kita akan ubah suai mengikut budi bicara dan kemampuan.

“Contohnya, di kawasan tertentu, ahli parlimen perlu menetapkan tempat beliau harus bersidang secara talian. Kalau tidak kuat, kita harus memberi laluan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk membuat penambahbaikan dari segi tahap perkhidmatan,” kata beliau.



Mengenai kehadiran pula,Rais berkata, pihak parlimen akan memperketatkan peraturan sebelum masuk ke Parlimen iaitu seorang menteri hanya dibenarkan diiringi tiga hingga lima pegawai dan mereka juga perlu melakukan ujian saringan dalam tempoh seminggu sebelum bersidang.

Larangan usul undi tak percaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jangka Azmin, Mukhriz bakal PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker