Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha?

Gambar Hiasan: Suasana biasa ketika musim perayaan

Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha?. Peningkatan jumlah kenderaan di Plaza Tol Gombak menjelang dua hari sebelum umat Islam seluruh negara menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa depan, menimbulkan tanda tanya.

Ini berikutan negara masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebahagiannya berada di bawah PKP Diperketatkan (PKPD).

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah menegaskan mengenai larangan merentas daerah dan negeri kepada seluruh rakyat untuk menyambut Aidiladha.

Namun, laporan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) hari ini berhubung kesesakan di Plaza Tol Gombak pada sebelah pagi tadi mencetuskan tanda tanya rata-rata pengguna media sosial terhadap pergerakan merentas negeri dan daerah itu.

“Macam mana mereka senang dapat surat? Polis tak ‘check’ betul-betul ke? Tak ambil pengajaran masa kes Hari Raya ke?,” kata Haslina Said.

“Pelik betul macam mana dorang boleh lepas ya? Siapa yang bagi surat kebenaran?,” tulis Mohd Ridzuan Setafa.

“Yang ini kira kerajaan gagal atau individu yang gagal? Bila kes naik, orang-orang merentas ini lah yang berkokok siang malam,” kata Arif Husairi.

Sementara itu, sebahagian lagi netizen bimbang sikap segelintir individu yang menyalagunakan kebenaran merentas demi menyambut Aidiladha akan menyumbang lagi kepada peningkatan kes jangkitan harian.

“Memang jenis tak faham bahasa. Balik kampung, kat kampung kes meningkat. Memanglah dah vaksin tapi kalau ada COVID-19 boleh bawa berjangkit di kampung,” kata Jessy Jeslin.

“Tak ingat ke kes balik raya tahun lepas, bawa COVID balik kampung kena pada mak ayah, kemudian berjangkit pada jiran sebelah. Yang jiran meninggal. Sebab kau orang lain hilang mak ayah,” kata Nurul Saidatul Qariah.

Menerusi laman Facebook LLM, kesesakan berkenaan berlaku di kedua-dua arah iaitu arah Barat menghala ke Kuala Lumpur dan ke Timur.

Pada Jumaat juga, LLM mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli. .

Ismaweb

Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha?

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker