Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu

Sebaran :

Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu . Pengguna media sosial yang baru-baru ini gempar dengan kemunculan lampor atau keranda terbang serta hantu mengetuk pintu rumah dinasihatkan oleh ulama untuk membaca doa, lapor laman Suara.com semalam.

Penampakan lampor dan hantu terbang itu hangat diperkatakan di Malang dan juga daerah lain di Jawa Timur.

Hal tersebut membuatkan orang ramai bimbang kerana menurut mitos Jawa, lampor dikaitkan dengan sesuatu wabak atau musibah.

Ulama yang juga Pengasuh Pondok Pesantren Rakyat Al Amin, Malang, Kiai Abdullah Sam  berkata, masyarakat tidak perlu takut dengan hal itu,  namun perlu sentiasa berjaga-jaga.



“Jangan takut, hanya perlu berjaga-jaga sahaja kerana semua kekuasaan itu datangnya daripada Allah S.W.T.,” katanya.

Beliau juga turut mengajak orang Islam untuk membaca kalimah audzubillah, ayat Kursi dan juga surah Yaasin.

“Bagaimana cara mengubatinya? Semuanya berasal daripada al-Quran dan al-Quran itu adalah as-syifa yang bermaksud pengubat,” kata Abdullah.

Beliau menambah, waktu terbaik untuk berdoa supaya dilindungi adalah selepas setiap solat fardu.



“Solat itu bukan hanya untuk berlindung daripada sihir, namun ia juga sebagai perlindungan daripada semua bala dari  Allah S.W.T.,” jelasnya. -Agensi

Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes dera Bella: Permohonan polis untuk reman ditolak mahkamah


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *