Himpunan ‘Kerajaan Gagal’ di Dataran Merdeka, polis keluarkan kompaun

Himpunan ‘Kerajaan Gagal’ di Dataran Merdeka, polis keluarkan kompaun. Polis akan memanggil tiga individu yang juga penganjur berhubung perhimpunan membabitkan 20 individu di Dataran Merdeka, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, individu-individu itu telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dikenakan kompaun.

Katanya, tindakan kompaun dikenakan atas kesalahan pelanggaran Perkara 10 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 iaitu larangan berhimpun.



“Siasatan kes itu juga dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu mengadakan perhimpunan tanpa notis.

“Polis mengesan sekumpulan individu di padang Dataran Merdeka dengan membawa bendera, kain rentang dan lima patung menyerupai jenazah dikafan, kira-kira pukul 2.55 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, 20 individu yang berkumpul di Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan ‘Kerajaan Gagal’ sebelum itu diarahkan bersurai dan beredar.

Ujarnya, mereka mematuhinya tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan polis sudah mengenal pasti tiga individu penganjur untuk dikenakan kompaun.



“Semakan mendapati himpunan itu dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) iaitu gabungan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR,” ujarnya

Himpunan ‘Kerajaan Gagal’ di Dataran Merdeka, polis keluarkan kompaun

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Najib sekolahkan anak ‘Atok’, mari sini Ayah ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker