Hanya Fikir Kepentingan Peribadi, Kejar Publisiti – TMJ

Hanya Fikir Kepentingan Peribadi, Kejar Publisiti – TMJ

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak tindakan segelintir individu yang hanya mementingkan diri sendiri selain mengejar publisiti semata-mata.

Tunku Ismail berkata demikian menerusi tulisan yang dimuat naik diruang komen Instagram miliknya, hrhcrownprinceofjohor semalam.

“Fikir negara dilanda krisis. Tetapi ada beberapa individu hanya memikirkan kepentingan peribadi dan kejar publisiti.

“Jaguh handal dalam social media (media sosial), on the ground no balls (di lapangan tiada apa-apa).

“Too many berpura-pura/fake (terlalu banyak berpura-pura), some people need backhand (ada orang nak kena tangan belakang),”tulis TMJ dalam komennya.

Tangkap layar gambar dan komen Tunku Ismail dalam Instagram miliknya.

Tulisan itu dikatakan mempunyai kaitan kaitan dengan kontroversi yang tercetus selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan tingkah laku Ustaz Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Terdahulu, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar dengan memuat naik jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya pengikutnya.

Ustaz Ebit Lew kemudiannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Ismail di atas keperihatinan bertanyakan khabar di atas pemergian ayahnya akibat kanser perut pada Selasa lalu.

Tunku Ismail memberi respon dengan memberikan kata-kata semangat buat Ustaz Ebit supaya terus berdakwah dan membantu rakyat.-K! ONLINE

Hanya Fikir Kepentingan Peribadi, Kejar Publisiti – TMJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Stand Strong Brother…” Firdaus Wong Sokong Caprice

Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker