Kejayaan Ebit Liew di Gaza Banyak Dibantu Hishammuddin

Kejayaan Ebit Liew di Gaza Banyak Dibantu Hishammuddin. Ternyata isu rasa tidak berpuas hati antara penyanyi rap dan usahawan terkenal Caprice dengan pendakwah tersohor Ustaz Ebit Lew makin menjadi-jadi.

Pelbagai pihak telah tampil memberi komen berkaitan hal ini, termasuklah Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories telah memberi gambaran ketidakpuasan hatinya terhadap Ebit, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Mesir.

Ada yang berpendapat, ia berpunca dari rasa tidak adil kerana rombongannya gagal memasuki ke Gaza, berbanding rombongan Ebit berjaya masuk dan keluar dengan selamat.

Bertindak menyatakan hal sebenar, Pegawai Khas kepada Ustaz Ebit Liew, Arief Farhanz, tampil menjawab melalui satu siaran live Instagram semalam dengan menyebut, kejayaan rombongan Ebit ke Gaza bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diperoleh.

Pelbagai cabaran, dugaan dan kepakaran diplomasi digunakan sehingga ia berjaya akhirnya.

Rombongan mereka terpaksa tinggal di Mesir lebih sebulan sebelum diberi kebenaran masuk oleh pihak berkuasa di sana.

Menurut Arief lagi, individu terpenting yang mendorong kejayaan misi ini ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Beliau selalu ucap terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana Hishammudin yang banyak membantu ustaz Ebit untuk masuk ke sana.” jelas Arief.

Ebit mengakui tanpa hubungan yang baik antara kedua-dua negara yang terbina melalui kementerian luar Mesir dan Malaysia, pasti misi bantuan yang diketuai Ebit juga akan menemui jalan buntu.

Turut dinyatakan ketika sesi live Instagram tersebut, Ebit tidak dapat membawa Caprice bersama ketika masuk ke Gaza kerana penyanyi rap berkenaan berada dengan rombongan berbeza.

“Caprice ada mesej ustaz untuk sertai rombongan kami. Tapi ustaz tidak dapat bawa Caprice kerana nama beliau tidak disertakan untuk kelulusan dari kerajaan Mesir. Beliau datang dengan rombongan lain.”

Mungkin inilah yang menjadi penyebab utama kenapa Caprice dilihat begitu lantang menyerang, menyindir dan mempertikaikan gerak kerja Ebit dan pasukannya semasa misi kemanusiaan di Gaza berkenaan.

Pada sudut berbeza, kita dapat melihat bagaimana sumbangan yang diberikan oleh Hishammuddin sehingga mampu membawa kejayaan dan memudahkan urusan rombongan Ebit untuk menyerahkan sumbangan kepada penduduk di Gaza – NB

Kejayaan Ebit Liew di Gaza Banyak Dibantu Hishammuddin

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker