Najib sekolahkan anak ‘Atok’, mari sini Ayah ajar

 

 

Najib sekolahkan anak ‘Atok’, mari sini Ayah ajar. Komen anak muda ini berhubung BR1M adalah bukti jelas bahawa kefahaman ekonominya masih kurang mantap.

BR1M bukan benda perkauman.

Semua kaum, tak kira bumiputera atau bukan, dalam golongan B40 (M40 sepatutnya dapat pada tahun 2018 tetapi dibatalkan PH) layak.

BR1M juga bukan bantuan bagi golongan miskin. Itu tugas e-Kasih dan Jabatan kebajikan.

BR1M ialah sistem agihan terancang saya untuk agihkan kekayaan negara dari golongan kaya ke golongang pendapatan lebih rendah.

Kita buat cukai seperti GST di mana kutipan dari yang kaya lebih besar sebab perbelanjaan mereka adalah lebih besar untuk diagihkan kepada golongan income lebih rendah.

Sebagai contoh, golongan yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya akan berbelanja maksima RM800 bagi barangan yang dikenakan GST setelah tolak bayaran tidak dikenakan GST seperti ansuran kereta, sewa, air, makanan mentah, barang dapur, petrol dan sebagainya.

Satu sen cukai pendapatan pun mereka tidak perlu bayar sebab kerajaan BN masih saya hapuskan cukai pendapatan bagi mereka dengan pendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah.

Dari RM800, mereka cuma bayar RM48 GST 6% sebulan atau sekitar RM600 setahun.

Tapi kita bayar BR1M RM1,200 hingga RM1,800 setahun – jauh lebih tinggi berbanding cukai GST dan cukai pendapatan yang dibayar golongan ini.

Bayaran BR1M juga akan bertambah setiap tahun selaras dengan pertumbuhan ekonomi mantap bawah kerajaan BN.

Dan kenapa pula jumlah penerima BR1M bertambah setiap tahun?

Sebab ini matematik.

Jumlah penerima dalam golongan B40 akan bertambah besar sebab saiz penduduk Malaysia juga semakin menaik.

Melalui kaedah terancang kita ini, pendapatan golongan B40 akan naik dengan kadar peratusan lebih tinggi berbanding golongan kaya – sekaligus mengurangkan jurang pendapatan negara.

Sebab itu, pekali Gini yang melambangkan jurang pendapatan turun pada kadar paling laju dalam sejarah semasa saya PM.

Sebab itu juga kadar kenaikan pendapatan golongan B40 adalah paling tinggi juga.

Syukur Alhamdulillah!

Akhirnya ayah kepada anak muda tersebut sudah faham selepas PRU14 walaupun telah berulang kali memfitnah saya rasuah pengundi.

(tapi tak pernah pun dia mohon maaf pada saya atau pada pengundi yang dihasut dia untuk benci saya)

Dia sudah faham bahawa BR1M adalah pemangkin bagi menyelesaikan masalah sosial – iaitu jurang pendapatan dan ketidaksamarataan.

Malangnya, anak masih belum faham.

Sempat lagi dia nak kecam saya.

Jika tak faham, sila tanya ayah.

Ayah akan ajar.

Najib sekolahkan anak ‘Atok’, mari sini Ayah ajar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. boboi memang bodoh pun
    bapak pun sama bodoh sebab sebut nama anak yang bodoh konon boleh jadi PM
    agaknya mengikut boboi….
    cara nak bantu golongan berpendapatan rendah ialah dengan projek membesarkan airport di Kulim

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker