Bomba bantu urus jenazah obesiti 200 kilogram

 

Bomba bantu urus jenazah obesiti 200 kilogram. Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah melakukan khidmat membantu mengangkat jenazah seorang wanita obesiti yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, pihaknya mendapat maklumat bantuan daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) pada pukul 1.30 petang tadi.



Pihak bomba tiba di Tanah Perkuburan Dioh Besar dekat sini iaitu lokasi jenazah berusia 41 tahun dan seberat 200 kilogram itu dikebumikan, kira-kira 10 minit kemudian.

“Seramai tujuh orang anggota terlibat dalam khidmat menguruskan jenazah berkenaan dengan menggunakan teknik ‘lowering’ daripada tali ‘webbing’ sehingga jenazah masuk ke liang lahad.

“Ini merupakan kali kedua kami membantu pihak PKD dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah menguruskan jenazah Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bomba bantu urus jenazah obesiti 200 kilogram




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak faham, tanya ayah – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker