Aliff Syukri insaf kini tak suka kamera

Mengakui dirinya semakin dewasa dan kesedaran mulai timbul untuk mengurangkan aksi ‘gelenyar’, Aliff Syukri Kamarzaman berkata, dia kini tidak lagi gemar melihat kamera difokuskan kepada dirinya.

Menurut usahawan kosmetik sensasi itu, dia sekarang berasakan perlu mengelak kontroversi membabitkan dan tidak dilihat menagih publisiti murahan.

“Sejujurnya, saya dah tak suka pandang kamera. Saya juga menukar perniagaan ke bidang korporat supaya imej Aliff Syukri tak dikaitkan tagih publisiti murahan.

“Setakat ni dah enam bulan juga saya kurangkan rentak di media sosial, sebab dalam masa beberapa tahun ni, sayalah orang yang selalu buat kontroversi dan cetuskan viral.

“Tapi adakah sampai tua saya perlu menggelenyar?” katanya.

Tambah Aliff dia masih mengorak langkah dalam bidang perniagaan, justeru tidak mahu ketika umurnya kian meningkat tapi penampilannya masih “menggelinjang”.

Jika berterusan begitu, katanya, dia bimbang orang akan menggelarnya sebagai orang tua tak sedar diri.

Anak-anak kian dewasa

Bagi penyanyi Biar Apa Orang Kata itu, apa pun yang dilakukannya selepas ini wajar tidak mendatangkan aib terus menerus kepada keluarga.

Sebelum ini katanya aksi yang dilakukannya secara terbuka memang kelihatan seperti biasa namun kesan negatif terpaling juga kepada orang lain iaitu keluarganya sendiri.

“Cukup-cukuplah nama terpalit sebelum ni dengan kes dera anak, kes pembantu rumah mencuri hingga berkaitan kes Nur Sajat.

“Saya rasakan perkara macam tu tak bagus buat saya. Justeru saya perlu kawal aktiviti sedikit sama ada di Instagram atau YouTube,” katanya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menyedari anak-anak juga semakin meningkat dewasa, Aliff, 34, enggan tindak-tanduknya terus mengundang kontroversi hingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang bapa dan suami.

“Isteri ke lain, keluarga ke lain, saya pula selalu nak ke depan (cari glamor). Sedangkan anak pertama dah anak dara, yang seorang lagi bujang dan makin meningkat remaja.

“Nanti jika ditanya abah kenapa video viral macam ni, saya dapat malu, jadi kena kurangkan kontroversi, sebab maruah lebih penting.

“Saya juga tak mahu gagal dalam perkahwinan. Saya mahu dihormati isteri, anak-anak dan masyarakat. Untuk itu, saya lebih rela tarik diri daripada mati dalam keadaan hina dan tak elok,” katanya.

Tanpa wang tak bermakna

Aliff turut bersyukur apabila usahanya mengurangkan kontroversi sedikit demi sedikit membuahkan hasil yang ‘lumayan’ dan pada masa sama membuka matanya bahawa impian mengejar kekayaan sebagai selebriti tidak membawa dia ke mana-mana.

Aliff berpendapat dunia hiburan bukanlah untuknya malah ia tidak mendatangkan keuntungan yang dicari.

“Alhamdulillah, saya sekarang lebih tenang dan bahagia. Dulu sering bertelingkah dengan isteri berkaitan benda viral.

“Memang pada awal saya kejar glamor, nak jadi artis kerana artis boleh kaya, tapi bila dah ceburi dunia seni, saya dapati kena buat itu dan ini sampai perlu labur berjuta-juta wang hasilkan lagu.

“Lama-kelamaan, saya dapati semua tu tak berhasil, hanya berikan keseronokan saja.

“Bayarlah berjuta-juta pun, stesen radio takkan siarkan lagu saya pun.

“Buat apa jadi glamor tanpa wang kerana ia tak bererti,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker