Maresca tabik hatrik Foden
Maresca tabik hatrik Foden

Manchester: Pengurus Manchester City, Enzo Maresca, percaya Phil Foden akhirnya menemui jalan untuk bangkit daripada kemerosotan prestasi apabila pemain tengah England itu meledak hatrik ketika membantu pasukannya membelasah AEK Athens 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak dua musim lalu, Foden mempamerkan aksi meyakinkan di Stadium Etihad yang memberi petanda dia mampu kembali ke tahap terbaik.
Pemain berusia 26 tahun itu melalui tempoh sukar sehingga mengakui berdepan masalah kesihatan mental, selain kehilangan tempat dalam perancangan bekas pengurus City, Pep Guardiola.
Dia juga gagal menjaringkan gol selama 10 bulan sebelum menemui sasaran ketika menewaskan Ipswich dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.
Musim ini juga tidak berjalan lancar buat Foden apabila dia dilayangkan kad merah ketika City menewaskan Manchester United, selain terpaksa bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Maresca.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Visit Sabah 2027: Kerjasama Semua Pihak Kunci Perkasa Potensi Pelancongan
- Lawatan Ahmad Zahid ke China Bawa Manfaat Besar
- RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Namun, kecederaan yang membelenggu beberapa pemain memberi peluang kepadanya menyerlah ketika menentang AEK.
Foden bermula di sayap kiri sebelum beralih ke posisi penyerang nombor sembilan, dengan Erling Haaland hanya memanaskan bangku simpanan dan Antoine Semenyo diketepikan selama lapan minggu.
Maresca menyifatkan prestasi Foden sebagai perkembangan positif buat pasukan, selain menganggap pemain itu sebagai satu lagi pilihan penting dalam usaha City memburu kejayaan musim ini.
“Ini berita baik buat saya kerana dia bermain dengan baik dan itulah yang kami mahukan atas banyak sebab.
“Pertama, dia pemain bertaraf tinggi dan kami tahu kemampuannya. Saya gembira untuknya dan juga pasukan kerana kini kami mempunyai satu lagi senjata yang boleh digunakan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belanjawan N.Sembilan 2027 Bakal Pacu Pembangunan, Kukuhan Ekonomi Dan Kesejahteraan Rakyat
- Johor Komited Tarik Pelaburan Berkualiti Demi Rakyat
- Mohamad Hasan Hadiri Perbincangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027
PRN Melaka: Wanita UMNO Perlu Aktif Sebagai JR Digital – Haryaty
Aksi cemerlang itu juga berpotensi menarik perhatian pengendali England, Thomas Tuchel, menjelang pemilihan skuad bagi menghadapi perlawanan Liga Negara-Negara menentang Croatia dan Sepanyol pada November.
Foden sebelum ini tidak disenaraikan dalam skuad Piala Dunia England tahun ini, sekali gus menggambarkan kemerosotan kedudukannya dalam pasukan kebangsaan.
Rakan sepasukan, Rico Lewis, yang membantu menghasilkan dua gol pertama Foden, turut memuji bakat pemain itu.
Foden pula mengakui persembahan berkenaan meningkatkan keyakinannya, sambil menegaskan dia masih perlu bekerja keras untuk terus membantu pasukan.
“Perlahan-lahan tetapi pasti. Perjalanan masih jauh, namun saya berada di landasan tepat,” katanya.
Foden turut menyifatkan peranannya sebagai penyerang nombor sembilan ketika menentang AEK sebagai sesuatu yang dinikmati, selain cuba membantu pemain muda City yang diberi peluang beraksi.
Maresca tabik hatrik Foden
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
- UMNO Putatan Utama Kesejahteraan Penduduk, Cadang Langkah Mitigasi Banjir Kilat
- Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua
You must be logged in to post a comment.