Sindiket campur minyak masak paket subsidi dengan minyak terpakai tumpas

Sindiket campur minyak masak paket subsidi dengan minyak terpakai tumpas

Sindiket campur minyak masak paket subsidi dengan minyak terpakai tumpas
Sekitar serbuan sindiket penyelewengan barang kawalan membabitkan minyak masak bersubsidi. – Foto ihsan KPDN Selangor

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan sindiket yang mencampurkan minyak masak peket bersubsidi dengan minyak masak terpakai.

Kegiatan dikesan hasil pemeriksaan bersama Polis Marin Wilayah Tengah di sekitar Pelabuhan Klang, dekat sini petang tadi.

Sindiket dikesan memotong minyak masak peket bersubsidi satu kilogram sebelum dicampurkan dengan minyak masak terpakai dan disimpan dalam tangki khas.

Campuran dipercayai disimpan untuk dijual semula kepada syarikat pemprosesan minyak masak terpakai atau dipasarkan melalui pasaran gelap bagi mengaut keuntungan berganda.

“Semua minyak masak dianggarkan 15,900 kilogram (kg) dan beberapa peralatan digunakan untuk kegiatan ini termasuk sebuah lori disita untuk tujuan siasatan lanjut.”Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM133,950,” katanya.

Muhamad Hanif berkata, seorang lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 30-an yang juga pekerja di premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, selain syarikat disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 20010).

Sindiket campur minyak masak paket subsidi dengan minyak terpakai tumpas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker