Maritim Malaysia pintas bot kayu di Tanjung Karang, gagalkan cubaan seludup masuk 57 warga asing

Maritim Malaysia pintas bot kayu di Tanjung Karang, gagalkan cubaan seludup masuk 57 warga asing

Maritim Malaysia pintas bot kayu di Tanjung Karang, gagalkan cubaan seludup masuk 57 warga asing
Warga asing ditahan di perairan Tanjung Karang, Selangor, awal pagi tadi. – Foto ihsan Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup 57 warga asing ke negara ini selepas memintas sebuah bot kayu di perairan Tanjung Karang, Selangor, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata tindakan memintas bot itu dilakukan susulan maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan migran di perairan berkenaan.

Beliau berkata, sebuah bot peronda dikerahkan ke lokasi sejurus menerima maklumat sebelum mengesan sebuah bot kayu berwarna merah dan hitam yang mencurigakan serta tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Bot berkenaan dipintas kira-kira 0.7 batu nautika barat daya Tanjung Karang.

“Pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong warga Indonesia berusia 23 tahun bersama dua kru warga negara sama, masing-masing berusia 18 dan 28 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

ECRL: Tambang Berpatutan, Manfaat Untuk Semua


“Turut berada dalam bot 54 migran warga Indonesia, terdiri 31 lelaki dan 23 wanita berusia antara 18 hingga 60 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata, pemeriksaan mendapati sebahagian migran yang ditahan membawa pasport.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki atau keluar dari negara ini melalui laluan yang tidak dibenarkan.

“Kes turut disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) kerana cubaan menyeludup migran ke Malaysia.

“Kesemua 57 warga Indonesia terbabit bersama bot yang disita diiring ke jeti Polis Marin di Pulau Indah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Maritim Malaysia pintas bot kayu di Tanjung Karang, gagalkan cubaan seludup masuk 57 warga asing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker