Sze Fei-Izzuddin teruskan kemaraan di Paris
Sze Fei-Izzuddin teruskan kemaraan di Paris

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen Terbuka Perancis dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer, sebentar tadi.
Pasangan pilihan keenam kejohanan yang menghuni ranking kelima dunia itu menang 21-17, 19-21, 21-17 dalam aksi 51 minit di Arena Grand Paris.
Kemenangan itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin berpeluang untuk menamatkan kemarau beregu lelaki yang kali terakhir muncul juara pada 2004 melalui Gan Teik Chai-Koo Kien Keat.
Di pusingan kedua, mereka bakal berdepan pemenang pertemuan antara satu lagi pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Visit Sabah 2027: Kerjasama Semua Pihak Kunci Perkasa Potensi Pelancongan
- Lawatan Ahmad Zahid ke China Bawa Manfaat Besar
- RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tahun lalu Sze Fei-Izzuddin terkandas di suku akhir apabila kalah kepada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen juga dari negara Scandinavia itu.
Sementara itu, nasib berbeza menimpa beregu campuran profesional negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien apabila tersingkir di pusingan pertama.
Tien Ci-Chiew Sien tewas straight set 12-21, 10-21 kepada pasangan Taiwan, Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin.
Sze Fei-Izzuddin teruskan kemaraan di Paris
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
- UMNO Putatan Utama Kesejahteraan Penduduk, Cadang Langkah Mitigasi Banjir Kilat
- Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua
You must be logged in to post a comment.