Aaron Tai-Roy King mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis
Aaron Tai-Roy King mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King, meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Perancis selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, di Arena Grand Paris, sebentar tadi.
Aaron-Roy King mengambil masa 51 minit untuk mencatat kemenangan 21-18, 18-21, 21-12 dalam pertarungan tiga set itu.
Bagaimanapun, cabaran lebih getir menanti pasangan negara yang muncul juara Terbuka Artik 11 Oktober lalu apabila mereka dijadualkan bertemu pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada pusingan kedua.
Won Ho-Seung Jae mara selepas menewaskan beregu Jepun, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita, 21-12, 21-9.
Sementara itu, perseorangan wanita negara, K Letshanaa, gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada pilihan kelapan dari Thailand, Pornpawee Chochuwong.
Letshanaa memberikan tentangan sebelum tewas 21-23, 15-21 dalam pertarungan dua set itu.
Aaron Tai-Roy King mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
- UMNO Putatan Utama Kesejahteraan Penduduk, Cadang Langkah Mitigasi Banjir Kilat
- Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua
You must be logged in to post a comment.