16 struktur binaan tanpa kelulusan dirobohkan DBKL

16 struktur binaan tanpa kelulusan dirobohkan DBKL

16 struktur binaan tanpa kelulusan dirobohkan DBKL
Operasi Bersepadu Meruntuhkan Binaan Struktur Tanpa Kelulusan membabitkan 16 struktur binaan di Jalan Pasar Baru, dekat Pudu di sini. – Foto FB DBKL

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 struktur binaan di Jalan Pasar Baru, dekat Pudu di sini dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Operasi Bersepadu Meruntuhkan Binaan Struktur Tanpa Kelulusan semalam.

DBKL memaklumkan ia membabitkan 12 struktur binaan sambungan tanpa kelulusan di hadapan sebuah pasar raya di jalan itu dan empat binaan gerai yang dibina secara kekal di lokasi sama.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 46(1) dan Seksyen 69(3), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, susulan notis penguatkuasaan yang dikeluarkan kepada semua premis berkenaan sebelum ini tidak dipatuhi.

“Sebahagian struktur dirobohkan didapati menutup terus laluan akses belakang premis, yang turut dijadikan stor simpanan dan ruang perniagaan tambahan,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.

Operasi dilaksanakan bersama beberapa agensi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

ECRL: Tambang Berpatutan, Manfaat Untuk Semua


DBKL berkata, semakan tapak bersama JBPM sebelum operasi turut mengesan premis yang mengubah laluan akses kecemasan dan tindakan lanjut akan diambil mengikut bidang kuasa JBPM.

“Atas nasihat pihak bomba, binaan ‘cool room’ dan peralatan ‘chiller’ di atas struktur berkenaan tidak dipecahkan dan pemilik pasar raya diberi tempoh tujuh hari untuk merobohkannya sendiri.

“Masih terdapat sebahagian struktur pasar raya yang belum dapat ditanggalkan sepenuhnya dan akan disambung pada operasi akan datang bagi memberi laluan kepada kerja pemunggahan barangan di pasar pagi Pudu,” katanya.

DBKL memaklumkan, pihaknya akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengingatkan pemilik perniagaan supaya mematuhi syarat lesen yang diberikan, termasuk tidak membuat sebarang halangan di laluan, atas jalan, petak letak kereta dan tempat awam.

Orang awam boleh menyalurkan sebarang aduan atau maklum balas melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

16 struktur binaan tanpa kelulusan dirobohkan DBKL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker