Muktamad! Tiada rumah terbuka, tiada ziarah Aidiladha di Sabah

 

Muktamad! Tiada rumah terbuka, tiada ziarah Aidiladha di Sabah. Kerajaan Negeri Sabah telah meminda prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidiladha susulan lonjakan jangkitan direkodkan di negeri itu, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Masidi Manjun berkata, rumah terbuka, jamuan dan berziarah sama ada di rumah atau tanah perkuburan kini tidak dibenarkan.

Beliau berkata, hanya 15 orang dibenarkan terlibat dalam acara korban.

Jemaah di masjid dan surau bagi solat sunat Aidiladha, solat Jumaat dan solat lima waktu juga kini dikurangkan kepada satu pertiga daripada kapasiti lokasi berkenaan, atau maksimum 30 orang, yang mana lebih rendah, katanya.

“Semua aktiviti sambutan berkaitan dengan Aidiladha juga tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan Covid-19 hariannya, hari ini.

“Ini bagi mengekang virus daripada merebak dan meningkatkan jangkitan di Sabah.”

Masidi berkata, kes positif tinggi di negeri itu, iaitu 647 dalam 24 jam lalu, adalah susulan Jabatan Kesihatan Negeri melakukan saringan besar-besaran bagi mengekang jangkitan dalam komuniti.

Kebanyakan jangkitan direkodkan di ibu negeri dengan 312 kes, katanya. Beliau menambah lebih suku daripada jumlah itu, atau 204 kes, adalah dari Penjara Kepayan atau turut dikenali sebagai Kluster Tembok Kota Kinabalu.

Muktamad! Tiada rumah terbuka, tiada ziarah Aidiladha di Sabah

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker