COVID-19, Indonesia kini terburuk di Asia

COVID-19, Indonesia kini terburuk di Asia

JAKARTA: Warga Indonesia mengerjakan solat sunat Aidiladha di luar masjid dan melakukan korban dalam suasana suram akibat ancaman COVID-19.

Walaupun ada usaha untuk menghentikan perhimpunan besar-besaran, kematian terus melonjak tinggi di republik dengan penduduk keempat paling ramai di dunia.

Pihak berkuasa melarang orang ramai daripada berhimpun termasuk pada acara korban dan menggesa mereka tidak berkumpul ketika mengerjakan ibadah itu.

Di Jakarta dan di tempat lain, sebahagiannya mematuhi larangan masuk ke dalam masjid tetapi berkumpul untuk bersolat di jalan berdekatan, sementara penduduk Bandung meletakkan tikar untuk bersolat di lorong sempit di luar kediaman mereka.

Ribuan yang lain di Banda Aceh berkumpul berdekatan perkarangan Masjid Besar Baiturrahman.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, meminta umat Islam berdoa di rumah untuk memperingati Aidiladha dan tidak dan tidak mengambil risiko dijangkiti dengan menyertai perhimpunan awam.

“Di tengah wabak ini, kita harus lebih rela berkorban… utamakan kepentingan masyarakat dan orang lain,” katanya dalam ucapan televisyen semalam.

Kes jangkitan meningkat selepas berjuta-juta orang menyeberangi kepulauan dengan hampir 270 juta penduduk pada akhir Ramadan pada Mei lalu.

Indonesia mengatasi India dan Brazil sebagai kawasan panas COVID-19 global dengan jumlah kematian hariannya mencapai 1,338 mangsa semalam.

Kes jangkitan mencecah 50,000 sehari iaitu 10 kali lebih tinggi berbanding angka purata pada awal Jun, disebabkan oleh varian Delta yang sangat pantas menular di seluruh negara.

Pusat pemeriksaan jalanan didirikan di seluruh Jawa dan penerbangan domestik dikenakan sekatan lebih ketat dalam usaha menghentikan orang ramai melakukan perjalanan untuk melawat saudara-mara.

Lonjakan kes menyebabkan hospital di Jakarta dan di seluruh Jawa yang padat penduduknya, berada dalam krisis dan kekurangan oksigen.

Kemasukan pesakit terpaksa ditolak oleh kakitangan perubatan atau merawat mereka di khemah sementara yang didirikan di tempat letak kereta hospital dan semakin ramai pesakit mati di rumah.

Indonesia mencatatkan lebih dari 2.9 juta kes dan hampir 75,000 kematian tetapi kadar ujian dan pengesanan kontak rapat yang rendah menyebabkan pakar percaya jumlah yang sebenar adalah jauh lebih tinggi. BH

COVID-19, Indonesia kini terburuk di Asia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker