Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi

Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi. Gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya rejim pengganas Zionis menghentikan pencerobohan rumah Palestin tidak lebih daripada seruan yang memalukan agensi dunia itu sendiri.

Menyifatkan PBB sebagai keldai tunggangan Yahudi, Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir berkata, seruan tanpa diselangi dengan tindakan tegas daripada PBB tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kedegilan Yahudi Israel.

“Sudah berapa banyak piagam dan akta yang dikeluarkan oleh PBB, tidak satu pun dipatuhi oleh Yahudi.

“Pada masa sama PBB tidak pula mampu mengeluarkan sebarang hukuman terhadap perlanggaran tersebut.

“Sepatutnya PBB malu untuk mengeluarkan apa apa kenyataan tentang kejahatan Yahudi,” katanya yang kesal dengan usaha PBB.

Beliau berkata, gesaan terakhir PBB dalam isu Palestin adalah badan itu meminta pihak berkuasa penjajah Zionis menghentikan perobohan rumah Palestin.

Jun lalu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menuntut pemberhentian pencerobohan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis timur, tanah yang ingin diduduki oleh Palestin di negara yang merdeka kelak.

Bagaimanapun, Israel mempertikaikan dakwaan antarabangsa yang menyatakan bahawa tindakan memperluaskan penempatan Yahudi itu sebagai tidak sah.

Sementara itu, menyentuh mengenai Haikal Sulaiman atau juga dikenali sebagai Temple of Solomon di kawasan utara dan barat kota Baitulmaqdis, Ustaz Sharipudin menegaskan, jika dikembalikan kelak ia adalah milik orang Islam, bukan milik Yahudi.

“Kejahatan Yahudi sudah jelas disebut dalam. al-Quran dan hadis. Dakwaan Yahudi untuk mengembalikan semula Kuil Nabi Sulaiman adalah dakwaan palsu.

“Mereka sebenarnya tidak beriman dengan Nabi Sulaiman. Kalaulah Nabi Sulaiman didatangkan sekarang pun nescaya Yahudi akan membunuhnya.

“Semua dakwaan Yahudi tehadap Nabi Sulaiman dan ritual mereka tidak ada sebarang kaitan dengan syariat- syariat Nabi terdahulu. Itu hanya ritual palsu rekaan mereka yang bertuhankan syaitan dan iblis,” tegas Ustaz Sharipuddin.

Justeru, katanya, tidak wajar sama sekali dakwaan Yahudi di Palestin mengaitkan mereka dengan nabi-nabi terdahulu kerana mereka tidak beriman dengan perutusan nabi dan rasul oleh Allah termasuk Nabi Sulaiman.

“Kuil Nabi Sulaiman pun jika dapat dikembalikan semula bukan milik mereka. Ianya menjadi milik umat Islam dan perlu dijaga oleh umat Islam,” katanya.

Terdahulu, Guterres dan Wakil PBB Ke Asia Barat, Tor Wennesland, pernah mengetengahkan Resolusi Majlis Keselamatan 2016 kononnya mengisytiharkan penempatan Yahudi itu tidak sah dari segi undang-undang.

Dalam laporan setebal 12 muka surat yang dinyatakan dalam taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) Wennesland menegaskan, penambahan 540 unit penempatan haram Yahudi di Har Homa, Baitulmaqdis Timur selain penempatan pos kawalan adalah tidak sah di bawah undang-undang Israel.

Resolusi itu menuntut rejim Zionis menghentikan kerja memperluaskan penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, tanah yang akan dimasukkan dalam tuntutan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Bagaimanapun, menurut Guterres dan Wennesland lagi, selepas empat tahun setengah resolusi itu diluluskan, tiada satu pun kandungannya dipenuhi Israel.

Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Polis sahkan ‘Surat Azmin’ kini tidak laku untuk rentas negeri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker