Polis sahkan ‘Surat Azmin’ kini tidak laku untuk rentas negeri

Polis sahkan ‘Surat Azmin’ kini tidak laku untuk rentas negeri. Surat yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) tidak sah untuk digunakan bagi perjalanan rentas negeri bermula hari ini sehingga 21 Julai.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah itu bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat kebenaran Miti untuk melakukan rentas negeri bagi menyambut Aidiladha.

Ini selepas pihak polis mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya sepanjang dua hari kebelakangan ini.

“Semua sekatan jalan raya di sempadan-sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen Miti sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai bagi pergerakan rentas negeri,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun Acryl berkata, larangan itu tidak terpakai bagi urusan-urusan kecemasan dengan kebenaran polis dan urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan peningkatan aliran trafik keluar dari Lembah Klang dan negeri-negeri utara menuju Pantai Timur.

Terdapat kebimbangan bahawa keadaan ini boleh menyumbang penularan Covid-19 yang pada masa ini telah memberikan tekanan kepada hospital-hospital di Lembah Klang.

Masyarakat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha pada Selasa, 20 Julai.

Polis sahkan ‘Surat Azmin’ kini tidak laku untuk rentas negeri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanya 80 ahli Parlimen dibenar hadir sidang Dewan Rakyat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker