Penyu agar jantan ditemui mati terdampar di Pantai Kuala Abang

Penyu agar jantan ditemui mati terdampar di Pantai Kuala Abang

KUALA TERENGGANU: Seekor penyu agar jantan ditemukan mati terdampar di Pantai Kuala Abang, Dungun, semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata penyu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditemukan penduduk kampung pada 9 pagi sebelum membuat laporan kepada jabatan berkenaan.



“Bangkai penyu itu didapati telah mula reput dengan anggota badan haiwan itu membengkak manakala usus sudah keluar dari bahagian belakang badan. Penyu itu dipercayai mati kira-kira seminggu lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruzaidi berkata tiada sebarang kecederaan akibat khianat seperti kesan jerutan tali atau kesan hentakan ditemukan di kepala penyu itu.

Beliau berkata pihaknya sudah menerima 24 laporan mengenai kematian penyu tahun ini termasuk penyu itu.

Orang awam boleh memaklumkan kepada Pejabat Daerah Perikanan terdekat atau menghubungi talian 03-88885019 sekiranya menemukan penyu hidup atau mati, katanya.

— BERNAMA



Penyu agar jantan ditemui mati terdampar di Pantai Kuala Abang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 



 

Banjir Jerman: 110 disahkan maut, 1,300 hilang [VIDEO]

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker