Jho Low seleweng dana 1MDB sebelum Najib buka akaun

Jho Low seleweng dana 1MDB sebelum Najib buka akaun

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low sudah lama menipu berbilion ringgit daripada 1MDB sebelum Najib Razak membuka akaun bank berkaitan.

Peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian semasa pemeriksaan balas ke atas bekas ahli lembaga pengarah 1MDB Ismee Ismail.

Semasa perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah, peguam itu merujuk kepada pada catatan dari blog Malaysia Today untuk menunjukkan bahawa Low, telah lama menipu dana kerajaan tanpa pengetahuan Najib.

Shafee merujuk dakwaan bahawa Low menipu syarikat yang digantikan oleh 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA), pada 2009, melalui nota bon Islam jangka sederhana (IMTN) bernilai RM5 bilion ketika itu.

TIA ditubuhkan pada 2008 oleh kerajaan negeri Terengganu melalui Menteri Besar Incorporated, ia kemudiannya dipindahkan sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan pada Julai 2009. TIA kemudiannya dijenamakan semula sebagai 1MDB.

Mahkamah Tinggi sebelum ini mendengar keterangan saksi pendakwaan bahawa Low adalah penasihat TIA.

Ismee, saksi pendakwaan ke-13, hari ini bersetuju dengan hujah Shafee bahawa tiada sebarang hasil daripada bon IMTN yang diseleweng oleh Low pernah masuk ke akaun bank Najib.

Peguam itu juga merujuk kepada dakwaan lain bahawa Low membayar rasuah kepada keluarga bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz antara 2008 dan 2009.

Shafee membuat dakwaan berkenaan dengan merujuk kepada petikan laporan SPRM yang didakwa mengenai akaun bank keluarga Zeti yang disiarkan oleh Malaysia Today.

“Kami (pembelaan Najib) ingin menunjukkan bahawa wang (yang didakwa daripada 1MDB) yang masuk ke dalam akaun Najib (antara Feb 2011 dan Ogos 2013 seperti yang didakwa dalam 25 pertuduhan ke atas tertuduh) hanya kerana aturan derma itu ( kononnya dari kerabat diraja Arab).

“Mengapa ia (wang) masuk (akaun bank Najib) adalah untuk orang lain menjawab. Pelanggan saya sangka bahawa ia adalah derma daripada Kementerian Kewangan Saudi.

“Akaun AmBank (Najib yang didakwa menerima berbilion ringgit daripada 1MDB) dibuka pada 2011, jadi ia tiada kaitan dengan IMTN,” kata Shafee kepada mahkamah sambil Najib melihat dari kandang tertuduh.

Pasukan pembela bekas perdana menteri itu sentiasa berhujah bahawa tertuduh tidak tahu tentang salah laku dalam 1MDB dan tanggapannya adalah bahawa wang itu adalah derma daripada kerabat diraja Arab.

Shafee seterusnya mendakwa bahawa Low telah menipu dana 1MDB sejak zaman TIA pada 2009.

Pada Mac tahun lalu, pasukan peguam Najib memfailkan permohonan untuk mendapatkan maklumat perbankan keluarga Zeti bagi menyokong kesnya terhadap kes rasuah RM2.28 bilion.

Pasukan pembelaan bekas perdana menteri mendakwa bahawa keluarga itu menerima wang daripada Low.

Bagaimanapun, pada Julai tahun lalu, hakim perbicaraan Sequerah menolak permohonan dakwaan tersebut. Bekas perdana menteri itu bagaimanapun mempunyai rayuan yang belum selesai mengenai perkara ini di Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada Mei tahun ini.

Zeti telah menafikan dakwaan itu sejak Disember 2020 lagi.

Pada Februari tahun ini, dilaporkan suami Zeti, Tawfiq Ayman sebagai berkata dia tidak pernah menerima sebarang rasuah sepanjang hidupnya.

Perbicaraan di hadapan hakim Sequerah dijadualkan bersambung semula petang ini.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Selain menjadi perdana menteri pada masa kesalahan itu, Najib juga adalah menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam. Mk

Jho Low seleweng dana 1MDB sebelum Najib buka akaun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker