Artis Bollywood Yang Berpuasa Bersama Dengan Pasangan Berbagai Agama

Banyak sebenarnya artis terkenal Bollywood yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan walaupun terdapat perbezaan agama dalam keluarga dan pasangan mereka. Tetapi mereka masih tetap menjalani rukun Islam kedua ini dengan sempurna. Berikut kami senaraikan antara 5 artis Bollywood yang berpuasa bersama dengan pasangan mereka yang berbeza agama. Jom kita tengok!

1. Shah Rukh Khan & Gauri Khan

via India TV

Raja Bollywood, Shah Rukh Khan aka SRK dilahirkan dalam keluarga Muslim di New Delhi.  SRK telah berkahwin dengan pasangannya, Gauri Chibber yang beragam hindu. Mereka melangsungkan perkahwinan dalam dua adat yang berbeza. Pertama, mengikut tradisi Islam yang berlangsung pada 26 Ogos 1991 dan satu lagi mengikut tradisi Hindu pada 25 Oktober 1991.Menurut Shah Rukh Khan lagi, dia dan isterinya hidup bahagia walaupun mereka mengikut kepercayaan yang berbeza. Apa yang lebih menarik, Shah Rukh Khan tetap mengajar anak-anaknya mengenai Al-Quran dan mengajak mereka untuk memeluk Islam. Walaupun satu keluarga berbeza agama, namun SRK tetap berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Aamir Khan & Kiran Rao

via postdekho.com

Aamir Khan yang dilahirkan sebagai seorang Muslim dan nama sebenarnya adalah Mohammed Aamir Hussain Khan dan dia telahpun menjalani ibadah haji bersama ibunya, Zeenat pada tahun 2013. Manakala isterinya pula, Kiran Rao adalah seorang penganut agama Hindu. Mereka telah bernikah pada 28 Disember 2005 dan enam tahun kemudian, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Azad Rao Khan. Walaupun terpaksa menjalani ibadah puasa sendirian kerana isterinya yang beragama Hindu, namun itu tidak menghalang Aamir Khan untuk terus menunaikannya dengan sempurna.

3. Shaheer Sheikh & Ruchika Kapoor

via zoomtventertainment.com

Bintang filem ‘Mahabarat’ ini dilahirkan dalam keluarga Islam yang dikatakan pernah mempunyai hubungan bersama seorang artis Indonesia iaitu Ayu Ting Ting. Namun, apa yang lebih mengejutkan peminat apabila dia telah bernikah secara rahsia pada akhir tahun 2020 dengan Ruchika Kapoor dan merupakan seorang penganut agam Hindu. Dalam satu wawancara bersama portal hiburan, SpotboyE, Shaheer menjelaskan bahawa perkahwinannya telah berlangsung demi menjaga privasi. “Saya  seorang yang sangat sensitif, sentimental dana sentiasa menjaga peribadi secara peribadi.” katanya.  Shaheer juga akan menjalankan ibadah puasa setiap kali bulan Ramadhan.

4. Saif Ali Khan & Kareena Kapoor

via theasianpost.co.uk

Saif Ali Khan yang telah berkahwin bersama pasangannya, Kareena Kapoor pada 16 Oktober 2012 selepas 5 tahun menjalinkan hubungan percintaan.  Sebelum mengahwini Kareena Kapoor, Saif Ali Khan juga telah berkahwin dengan Amrita Singh pada tahun 1991, namun rumahtangga mereka berakhir dengan penceraian pada tahun 2004.Saif Ali Khan yang mula terkenal melalui filem yang berjudul ‘Hum Tum’ dibesarkan dalam ajaran Islam dan dia juga diajar untuk tidak membeza-bezakan agama. Ini kerana dalam keluarganya juga mempunyai perbezaan agama kerana ibunya, Shamila Tagore adalah seorang Hindu manakala ayahnya pula, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah seorang Muslim dan isterinya Kareena Kapoor juga adalah seorang penganut agama Hindu. Hasil dari perkahwinan bersama Kareena, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

5. Soha Ali Khan & Konal Keemu

via happywedding.app

Soha Ali Khan adalah seorang pelakon yang memulakan kariernya  menerusi filem romantik komedi ‘Dil Maange More (2004)’. Soha juga adalah adik kepada pelakon  Saif Ali Khan. Soha dibesarkan dengan ajaran Islam manakala pasangannya, Konal Keemu adalah penganut agama Hindu.-Murai

[VIDEO] Ini Senarai Aktres Bollywood Tercantik Di Dunia, Menurut Pakar Bedah Plastik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker