Osman Sapian bidas Puad, Jaga UMNO bukan BersatuBersatu

Sebaran :

Osman Sapian bidas Puad, Jaga UMNO bukan Bersatu. Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian mengingatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi supaya tidak mencampuri urusan Bersatu sebaliknya menjaga ‘rumah tangganya’ sendiri dalam UMNO.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor berkata, Mohd Puad tidak perlu sibuk dengan hal dalaman parti lain sedangkan UMNO sendiri sedang berdepan masalah.

Tegasnya, tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen Bersatu Johor yang berhasrat menyertai UMNO seperti didakwanya.

“Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

“Segala yang dikata adalah tidak benar, tiada dengar apa-apa (ADUN dan ahli Parlimen Bersatu mahu masuk UMNO) tetapi ramai dalam kalangan parti-parti lain nak masuk Bersatu, bukan kita yang nak keluar,” kata ADUN Kempas itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban kepada masjid dan surau sekitar kawasan Kempas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas di sini pada selasa.

Baru-baru ini Mohd Puad yakin ada beberapa ADUN Bersatu Johor yang sudah bersedia meninggalkan parti itu untuk menyertai UMNO dan perkara tersebut bukan lagi rahsia selain mendakwa mereka menunggu masa yang sesuai sahaja.

Mohd Puad juga mencabar empat ADUN Bersatu Johor yang sebelum ini mengancam akan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor untuk berbuat demikian.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Tengku Zafrul berpotensi menang di Lembah Pantai jika jadi calon UMNOWanita ‘gelang pink’ dalam perjalanan pulang dari CACPilihan raya tidak sesuai diadakan ketika pandemik Covid-19
Mengulas lanjut, Osman yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, Mohd Puad membuat kenyataan itu kerana mahu menutup kepincangan yang berlaku dalam UMNO ketika ini.

“Jaga bahagian sendiri dan UMNO sahajalah buat apa kata rumah tangga Bersatu. Nak keluar ke nak masuk ke…itu belum kira lagi berapa ramai lagi orang UMNO masuk Bersatu,” katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan Bersatu sedang bergolak kerana tiada bukti berlaku demikian sebaliknya mengatakan UMNO lebih teruk apabila kini terpecah kepada tiga kumpulan.

“Apa buktinya (Bersatu bergolak), ini hanya cakap-cakap di kedai kopi. Bersatu di Johor tiada sebarang perpecahan di semua 26 bahagian seluruh Johor, tiada masalah,” katanya.

Malah katanya, semua jentera di peringkat bahagian sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Osman Sapian bidas Puad, Jaga UMNO bukan Bersatu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ubah TH kepada sebuah ‘bank’ risiko tidak cermat


Sebaran :

Leave a Reply