Ramai DM Caprice Minta Maaf, Penjelasan Nadir Al-Nuri Buka Mata Kisah Ebit Lew Di Bumi Gaza[ VIDEO]

Ramai DM Caprice Minta Maaf, Penjelasan Nadir Al-Nuri Buka Mata Kisah Ebit Lew Di Bumi Gaza [VIDEO]

CERITA belakang tabir seperti didedahkan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza iaitu Nadir Al-Nuri akhirnya memberi sedikit ‘kekuatan’ kepada Caprice untuk terus bersuara.

Semangat Caprice atau Ariz Ramli, 33, kembali berkobar-kobar selepas dia dihujani dengan mesej di Instagram daripada netizen yang tampil memohon maaf kepadanya.

Ia berlaku susulan pendedahan Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia tentang misi kemanusiaan ke Gaza oleh personaliti dakwah, Ebit Lew

“Alamak banyak sangat DM (mesej langsung) minta maaf secara tiba-tiba. Dengan post ni Caprice nak cakap… kita terus terang maafkan semua yang caci, maki kita.

“Cara Caprice tetap salah dan Alhamdulillah juga sebab sejak kita viral, Caprice banyak belajar tentang kesabaran, pejuang dan Palestin.

“Tak mengapa guys, Islam ajar kita untuk minta maaf apabila silap dan maafkan orang,” katanya menerusi rantaian posting di Istastory pada Rabu

Caprice turut berkongsi beberapa mesej permohonan maaf daripada netizen.

“Kebenaran mula berlaku, saya minta maaf kerana berprasangka buruk terhadap anda, Cap. Semoga Allah berikan syurga untuk anda, bro.

Saya minta maaf juga Cap, semoga Allah permudahkan urusan.

“Alhamdulillah untuk penerangan Nadir. Lihatlah Allah dah bantu untuk terangkan bagi pihak Caprice melalui tuan Nadir.

Semoga Allah lindungi anda,” tulis beberapa netizen.

Pada Selasa, Nadir tampil membuat penjelasan panjang lebar berhubung misi kemanusiaan di Gaza membabitkan Ebit menerusi saluran Telegram miliknya yang antara lain menyentuh mengenai cara pasukan pendakwah itu melaksanakan misi berkenaan.

Bagaimanapun ujar Nadir dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Susulan penjelasan Nadir, Caprice juga berkata dia akan meneruskan sesi Instagram live seperti yang dijanjikan bagi mendedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Gaza.

“Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan emosi dan marah.

“Harap selepas IG live pada pukul 10 malam ni, kita semua dapat tutup buku dan jalan terus ke depan,” katanya-mSTAR

Ramai DM Caprice Minta Maaf, Penjelasan Nadir Al-Nuri Buka Mata Kisah Ebit Lew Di Bumi Gaza [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Caprice akhirnya pulang, janji buktikan kebenaran

Catatan Kontroversi Apa Yang Dilakukan ‘Ebit Liew’ Di Gaza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker