Tentera tiba di Klang bantu mangsa banjir

Tentera tiba di Klang bantu mangsa banjir

Pasukan tentera tiba di Klang Utama pagi ini untuk membantu mangsa banjir selepas beberapa hari terkandas akibat hujan lebat berterusan sejak Sabtu lalu yang menyaksikan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Dalam catatan di Twitter, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mengesahkan anggota tentera akan bekerjasama dengan kakitangannya untuk membantu penduduk terjejas.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata, beliau sudah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Mohd Zakaria Yadi mengenai situasi di Klang.

“Terima kasih, Datuk Seri atas maklum balas pantas. Ya, saya telah bercakap dengan Datuk Mohd Zakaria malam tadi. Pagi ini tentera berada di Klang Utama untuk memulakan operasi dan bekerja dengan kakitangan saya.”

“Kita perlu memberikan sokongan kepada Sri Muda sebaik sahaja kerja di sini selesai,” balas Santiago di Twitter.

Sepanjang hujung minggu lalu, Lembah Klang, Pahang, Kelantan dan Terengganu berdepan hujan lebat berterusan menyebabkan lebih 30,000 mangsa terjejas.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan bantuan awal sebanyak RM100 juta bagi membaiki kerosakan rumah yang berlaku serta bantuan khas RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas banjir.

Sementara itu, di Facebook, Hishammuddin berkongsi suasana di sekitar lokasi menyelamat di seluruh negara membabitkan anggota tentera.

Anggota tentera dilihat bertungkus-lumus membawa mangsa banjir terutama warga emas dan kanak-kanak menaiki bot meredah air untuk dipindahkan ke PPS.

Dalam perkembangan berasingan, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan seramai 32,044 mangsa ditempatkan di 162 PPS di sembilan daerah di Selangor.

“Daerah Klang mencatatkan jumlah tertinggi dengan jumlah 18,858 individu,” katanya di Facebook. FMT

Tentera tiba di Klang bantu mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker