Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah - PM — MYKMU.NET

Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM

Sebaran :

Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM

Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh moratorium khusus kepada peminjam bagi kategori B50 ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha meringankan beban rakyat.

“Saya turut meminta bank-bank untuk tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam-peminjam yang gagal membayar semula pinjaman sebaliknya peminjam boleh berbincang dengan pihak bank untuk menstrukturkan semula kaedah bayaran balik pinjaman.

“Bagi meringankan beban rakyat, moratorium yang akan tamat pada 31 Disember ini akan disambung lagi selama dua tahun kepada peminjam B50 ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Dalam pada itu, kerajaan juga telah meningkatkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000 selain turut melaksanakan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) yang dibuka untuk permohonan sehingga 31 Januari 2022.

Selain itu, Ismail Sabri menyatakan kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif dalam membantu rakyat menerusi Bajet 2022.

“Antaranya adalah, Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan awal persekolahan, rancangan makanan tambahan anak-anak miskin, PerantiSiswa Keluarga Malaysia, dan Program JaminKerja dan Latihan MySTEP.

“Kerajaan juga telah aktifkan semula Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) bagi membentuk dasar keselamatan sosial yang komprehensif dan bersepadu bagi jangka masa panjang,” katanya lagi.-AA



Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: