Gangguan bekalan air di 463 kawasan sekitar Lembah Klang

gangguan air

Gangguan bekalan air di 463 kawasan sekitar Lembah Klang

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sungai Semenyih) akan dihenti tugas berikutan pencemaran bau diesel di Sungai Semenyih.

“Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual,” kata Air Selangor, dalam kenyataan yang dimuatnaikkan di Facebook hari ini.



Air Selangor juga memaklumkan bahawa pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat.

Sebanyak 81 lori tangki air juga akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” kata syarikat itu. Mk



Gangguan bekalan air di 463 kawasan sekitar Lembah Klang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu



MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker