MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

‘Saya pegang prinsip amanah, tak pilih kasih walaupun kawan’ – Rosyam

Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor, 54, mengakui bukan mudah bergelar juri untuk program popular Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Rosyam berkata, dalam tugasnya dia perlu mengetepikan kawan-kawan serta menolak sikap pilih kasih kerana berpegang kepada prinsip amanah.

“Saya dilantik jadi juri MLM2021 untuk menilai persembahan setiap kumpulan. Walaupun ramai dari mereka adalah kawan-kawan, tapi saya takkan memihak kepada sesiapa. Kerana saya pegang prinsip amanah yang diberikan.




“Saya juga tidak kisah apa orang luar nak kata, asalkan saya harus bertanggungjawab, jujur dan ikhlas memberi teguran dan markah.

“Jujur kata, kalau saya berada di tempat mereka (peserta), pasti saya juga tidak mampu nak buat sebaik mereka,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menurut Rosyam, MLM2021 minggu ini adalah pentas akhir dan tiada sesiapa boleh meneka kumpulan peserta mana yang bakal bergelar juara.

“Ia kerana setiap minggu kumpulan yang menonjol tak boleh diduga. Itulah yang terjadi apabila setiap juri tidak memihak kepada sesiapa. Semoga berjaya kepada semua kumpulan,” katanya.

Terdahulu isu penjurian MLM2021 pada kali ini sering menjadi pertikaian peserta serta mencetuskan perdebatan hangat kepada kalangan peminat dan netizen di media sosial.




Kemuncaknya, apabila anggota kumpulan Taici yang terkeluar pada persembahan 12 November lalu kecewa kerana tidak menerima sebarang ‘Ha’ daripada juri, sekali gus tersingkir daripada pertandingan terbabit.

Ia turut mendapat teguran pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro yang menyifatkan tindakan juri tidak memberikan ‘Ha’ walau satu kepada peserta yang bertanding di pentas MLM2021 itu adalah keputusan sangat tidak patut dibuat.

Pertandingan akhir MLM2021 pada Jumaat ini menyaksikan persaingan lima kumpulan iaitu Boro, Bahye, Puteh, Tobat dan Tiro untuk merebut gelaran juara dan bakal memenangi hadiah utama berupa wang tunai, RM500,000. HM

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal



Leave a Reply

Your email address will not be published.