MLM 2021: Bahye bakal juara?

MLM 2021: Bahye bakal juara?

Maharaja Lawak Mega sememangnya pentas yang menjadi impian setiap pelawak kerana hadiah lumayan yang ditawarkan. Juara MLM bakal membawa pulang RM500 ribu.

Pun begitu berbagai kontroversi dan isu panas menjadi rencah di pentas MLM.

Peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang telah berlangsung pada Jumaat lepas menyaksikan kumpulan Otai meninggalkan gelanggang pertandingan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Persembahan kumpulan yang dianggotai Azlee, Ieda Moin dan Acong ini dilihat gagal menawan hati juri profesional tetap yang mewakili sebanyak 70 peratus daripada markah keseluruhan.

Pelawak Terkenal, Azlee Senario meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila kumpulannya Otai tidak mendapat tempat untuk ke final Maharaja Lawak Mega 2021.. Baca sini.

Puteh yang selala beberapa minggu mendapat undi tertinggi pula nampaknya telah dipintas oleh kumpulan Bahye. Puteh pada minggu lalu menjadikan “arwah Abam” sebagai salah satu sketsa mereka. Mungkinkah mereka mahu undi simpati dari pengundi? Mereka juga jarang mendapat 5 ha daripada juri.

Sementara itu Bahye yang dianggotai oleh Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic meraih markah tertinggi daripada juri, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1000 dan produk Adabi bernilai RM500 menerusi Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi minggu lepas.

Ramai juga netizen berpendapat bahawa kumpulan Bahye hanya lawak kerana “kegagapan” Shashic. Mereka beranggapan bahawa lawak kumpulan Bahye hanya berlegar dengan kegagapan Shashic sahaja.

Manakala kumpulan yang selalu membawa sketsa lucu dan mendpat pujian juri pula iaitu Tiro dan Boro kurang mendapat undi.

Kumpulan Tobat pula sejak dua minggu lepas menjadi “hangat” kerana “keluhan” Bell yang dia tidak pernah menang apa-apa pun.

Kepada peminat MLM sekarang terserah kepada anda untuk mengundi siapa. Yang pasti hari Jumaat ini adalah penentu pemenangnya.

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Separuh Akhir – Minggu Kesembilan
1. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) – 59.33%
2. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) – 58.93%
3. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) – 58.92%
4. Boro (Achey, Atu, Fad) – 57.19%
5. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) – 56.16%
6. Otai (Azlee Senario, Ieda Moin, Acong) – 38.66% (tersingkir)

MLM 2021: Bahye bakal juara?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker