Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

KALAU ramai yang singgah makan di sebuah restoran terkenal di Ipoh, Perak, New Hollywood, mesti rasa nak termuntah kerana dikhabarkan bahawa restoran berkenaan tidak mempunyai sijil Halal.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook, ditulis oleh individu yang menggunakan nama Nadia Ghafar, ramai yang akan menyerbu restoran ini dan pada sebelah pagi, untuk sarapan, memang penuh.

Itulah sebabnya, kena bangun tidur awal jika teringin nak bersarapan pagi di Restoren New Hollywood.

Walau bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan sama ada pihak pengurusan restoran ini ada mempunyai sijil Halal atau pun tidak?

Kalau ada rasa was-was, lebih baik jangan makan di situ tetapi pihak penguatkuasa perlu melakukan siasatan supaya pengunjung beragama Islam, tahu dan jelas dengan status Halal restoren berkenaan.

Menurut catan penulis, Nadia, ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai selama ini.

JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.

Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan sesuatu premis itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was.

“Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Ini kerana tanda HALAL sesebuah premis itu diperoleh jika operasi dan bahan makanan yang dijual adalah menepati syariat,” jelasnya.

Bagaimanapun, sebelum ini menerusi The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah.

Jadi, bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, pemilik restoran yang dikenali dengan nama Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal. SM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

2 Comments

  1. Bodoh. Padan muka. Bangang beratur pjg semata2 sbb kedai dah viral. Aku dr kecik dah loya tengok kedai tu.

  2. Dah terang2 memang kedai makan cina, xheran pun kalau xde sijil halal. Boleh agak pikir sendiri. Xde nak termuntah pun, over naw ayat. Yg dah duduk perak lama tau je pasal kedai tu. Sebelum ni kalau org melayu yg pegi makan situ tu jenis yg xkesah pun pasal sijil halal tu, diorang sendiri dah tau. Dtg mkn menu sarapan, sendiri yakin bende yg mkn tu halal. Tapi aku sendiri pun xnak join kalau org ajak mkn situ

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker