Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu

Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu

Adun Sungai Pelek dari DAP, Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu, Tony Pua dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan membuka mata ahli-ahli parti berkenaan.

Liu berkata terdapat segelintir individu dalam parti itu yang tetap ‘setia membuta tuli’ kepada Mahathir walaupun dia memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan kerana keenganannya menyerahkan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.



“Saya rasa selepas pertelingkahan antara Tun (Mahathir) dan Tony ini, semua orang DAP yang masih sayangkan Mahathir mungkin mula berfikiran berbeza.

“Selepas melihat bagaimana Mahathir menghentam Tony secara terbuka, mereka kini mungkin sedar apa yang saya katakan tentang Mahathir selama ini adalah benar.

“Mereka ini mungkin mula menjauhkan diri daripada Mahathir. Saya rasa tiada lagi swafoto,” kata Liu kepada Malaysiakini.

Liu berkata semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, dia berulang kali bersuara menentang Mahathir kerana mengabaikan janji-janji untuk melakukan perubahan dan mewujudkan permusuhan dalam gabungan parti itu demi kepentingan dirinya sendiri.



“Saya buat bising ketika itu, tapi semuanya sia-sia. Ini takkan berlaku jika sesetengah mereka menyertai saya untuk bersuara.

“Kini sudah terlambat untuk sedar bahawa Mahathir adalah tidak bagus untuk DAP dan tidak bagus untuk PH. Sudah terlambat,” keluhnya.

Liu hampir berdepan tindakan tatatertib apabila lantang mengkritik Mahathir ketika dia menjadi perdana menteri kali kedua.

“Saya diberi tiga surat tunjuk sebab berturut-turut kerana mengkritik Mahathir atau bersuara menentang kesilapan yang dilakukan oleh PH.



“Jika tidak kerana sokongan besar akar umbi DAP, saya sudah disingkirkan,” tambahnya.

Liu berkata, beberapa rakannya daripada parti itu telah ‘dibutakan dan terpesona’ dengan kedudukan mereka agar bersikap tunduk dalam kerajaan.

Katanya lagi, apabila kerajaan tumbang, mereka enggan mengakui bahawa mereka telah ditipu dan perdana menteri yang mereka pilih sendiri telah “menjual” gabungan itu.

“Sesetengah orang di luar sana beritahu saya bahawa Mahathir berjaya mendiamkan kepimpinan PH dengan menggunakan taktik dengan mengula-gulakan mereka.



“Mereka kata Mahathir selalu mengugut untuk memecat menteri dan timbalan menteri untuk menutup mulut mereka. Mungkin ada kebenarannya,” kata Liu.

Katanya, mungkin inilah sebabnya rakan-rakannya dalam DAP yang dahulunya dilihat ‘berapi-api’, diam membisu apabila Mahathir menerima ahli parlimen Umno untuk menyertai Bersatu, menyantuni sokongan PAS dan menghadiri Kongres Maruah Melayu yang kontroversi.

Minggu lalu perang mulut tercetus antara Mahathir dan Pua yang juga ahli parlimen Damansara berhubung buku terbaru bekas perdana menteri itu bertajuk “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”.

Petikan dalam buku itu menceritakan perihal seorang pembantu yang didakwa angkuh dan berkelakuan seperti menteri semasa menjadi setiausaha politik kepada bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.



Mahathir juga mengatakan dia menerima aduan daripada kalangan ahli perniagaan mengenai keangkuhan Pua.

Pua menyiarkan tiga kenyataan sebagai menjawab tuduhan Mahathir, dengan mengatakan dia dinilai secara tidak adil berdasarkan persepsi yang dicipta oleh kalangan ahli perniagaan yang mempunyai kepentingan dan sentimen politik yang dicetuskan dalam Bersatu dan Umno.

Perang mulut antara kedua-duanya semakin sengit sejak beberapa hari lalu. Mk

Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker