Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan



Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyeru semua anggota dan pegawai polis untuk meningkatkan komitmen menjalankan tanggungjawab membanteras jenayah secara habis-habisan biarpun menerima kecaman dan jumlah pengikut media sosial Polis Johor berkurangan.

Beliau berkata, Polis Johor perlu meletakkan asas pencapaian penugasan kepolisan yang cemerlang bagi tahun ini untuk lebih beriltizam dan menanam tekad untuk terus cemerlang di tahun 2022.

Katanya, seluruh warga Polis Johor harus berpegang teguh kepada aspek integriti, amanah, tegas, adil dan berhemah biarpun berdepan kemungkinan dikritik, dikecam dan diugut ketika menjalankan tugas.

“Tuan-tuan dan puan-puan jangan bimbang, saya bukan akan berada di belakang tetapi saya akan sentiasa berada di hadapan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tidak akan membiarkan pegawai dan anggota saya dibelasah.




“Itu bukan prinsip saya, saya bertanggungjawab terhadap semua pegawai dan anak buah saya. Sebarang kelemahan dan kekhilafan anak-anak buah saya, saya akan bertanggungjawab.

“Saya boleh bertolak ansur dan mempertahankan tuan-tuan dan dan puan-puan dalam isu-isu di atas. Tetapi dalam konteks rasuah, salah laku, bersekongkol dengan penjenayah, dadah dan penyeliaan, tiada tolak ansur dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam isu tohmahan dan kritikan oleh pihak luar atau orang awam, Ayob Khan memberitahu, perkara itu tidak perlu dirisaukan selagi menjalankan tugas mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, kejayaan-kejayaan sepanjang tahun ini adalah hasil kesungguhan dan sokongan padu warga Polis Johor serta sokongan padu barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain kerjasama daripada masyarakat awam.

“Jangan bimbang, jangan gusar dan jangan gabra dengan kritikan dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.




“Jangan bimbang followers Facebook Kontinjen Johor menurun dan jangan bimbang pengikut Instagram Polis Johor merosot. Kita bukan nak jadi artis, youtuber atau nak bertanding dalam Pilihan Raya, yang penting berpegang pada prinsip ikhlas, amanah, tegas, adil dan berhemah,” ujarnya.

Jelasnya, Polis Johor mendapat sokongan mantap dari Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk hasni mohammad serta ketua-ketua jabatan dan agensi luar. K Online

Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Leave a Reply

Your email address will not be published.