Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat – Pendakwah
Isu gambar mandi buih pelakon, Nora Danish bersama suami, Mohamad Nedim Nazri ditegur pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim.
Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi hantaran di Facebook berkata, pasangan suami isteri itu tidak sepatutnya berkongsi gambar itu kerana ia dilarang dalam agama.
“Kebahagiaan kita tidak perlu untuk diuar-uarkan dengan perkara maksiat apatah lagi ia dilarang dalam agama.
“Allah S.W.T berduka sekiranya hambanya membuka aib dirinya sendiri serta membangga-banggakan dengan perkara yang dilarang dan dilaknat,” katanya.
Beliau turut mengingatkan kepada semua bahawa umat Islam tidak terlepas daripada melakukan dosa, sentiasa memperbanyak taubat dan memohon keampunan Allah S.W.T.
Mohd. Izhar berkata, umat Islam juga digalakkan memohon kemaafan sesama manusia dan saling menutup aib serta menjaga kehormatan sesama kita.
“Nabi SAW berpesan: “Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah menutup aibnya di dunia dan di akhirat”,” katanya.
Sebelum ini, gambar aksi main buih Nora Danish bersama suaminya di dalam tab mandi di sebuah hotel mengundang kecaman netizen.
Lima foto yang dikongsi di Instagram dan Facebook itu dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi. Utusan
Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
Baca Artikel Menarik :
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU</a
‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta
Suami isteri mandi bersama-sama bukan pekara maksiat, yang haramnya adalah menunjukkan aktiviti tersebut kepada umum.