Wanita terpendek dunia setinggi 71 sentimeter

Wanita terpendek dunia setinggi 71 sentimeter

MIAMI, FLORIDA – Seorang remaja dari Florida, Amerika Syarikat dinamakan sebagai wanita paling pendek di dunia apabila dia memiliki ketinggian hanya 71 sentimeter, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Wildine Aumoithe, 18, baru-baru ini menerima pengiktirafan tersebut daripada Guinness World Records.

Aumoithe berkata, dia menghidap sindrom kerdil yang disebut sebagai SADDAN displasia. Menurut gadis berkenaan, ibu bapanya pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia tidak akan dapat hidup lebih 24 jam selepas dilahirkan.

“SADDAN dysplasia merupakan sejenis keadaan kerdil yang amat jarang berlaku dan saya tidak menyangka bahawa saya mampu terus hidup selepas 24 jam.

“Selepas berjaya melepasi tempoh kritikal tersebut, saya ditempatkan di pusat penjagaan kesihatan khas selama enam bulan kerana disangka tidak akan hidup lebih lama.

“Sebaliknya, apa yang berlaku adalah saya terus bernyawa. Saya kemudian dibenarkan pulang ke rumah bersama ibu bapa,” katanya.

Tambah Aumoithe, ketika kecil, dia mampu untuk berjalan.

Bagaimanapun kini, gadis itu terpaksa menggunakan kerusi roda kerana keadaan kakinya yang bengkok, sekali gus menyebabkannya sukar untuk berjalan.

“Saya boleh duduk di atas lantai dan bergerak, namun tidak dapat berjalan apabila usia semakin meningkat.

“Ibu saya banyak membantu dalam menguruskan kehidupan seharian dan memenuhi keperluan saya.

“Rakan-rakan juga melayan saya dengan baik dan menganggap diri ini sama seperti mereka. Saya tidak pernah dibuli meskipun memiliki keadaan fizikal begini,” katanya. K Online

Wanita terpendek dunia setinggi 71 sentimeter


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker