Bayar saman trafik di mesin ATM

Bayar saman trafik di mesin ATM

Tawaran diskaun saman trafik menyebabkan aplikasi MyBayar Saman sesak, bahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara juga meriah diserbu orang ramai.

Rata-rata orang ramai dilihat terpaksa beratur dan menunggu terlalu lama sebelum dapat membayar saman masing-masing.



Melalui satu poster di media sosial @pdrm_trafik memaklumkan pembayaran kompaun saman juga boleh dibuat menerusi mesin juruwang automatik (ATM) Maybank bagi memudahkan orang ramai.

Difahamkan, orang ramai boleh pergi ke mana-mana ATM Maybank yang berdekatan dan memilih saranan ‘PAYBILLS’.

“Seterusnya, pilih bayaran saman serta memasukkan nombor kad pengenalan anda diruang yang tertera.

“Semak butiran saman dan pilih saman yang hendak dibayar sebelum diberikan notifikasi transaksi. Kemudian, orang ramai perlu menyimpan resit pembayaran sebagai rujukan,” jelasnya.



Terdahulu, Kosmo! melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran saman trafik dilanjutkan hingga 31 Disember ini. K Online

Bayar saman trafik di mesin ATM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

2 Comments

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker