PrnSarawak:GPS harap ulangi kemenangan besar 2016

PrnSarawak:GPS harap ulangi kemenangan besar 2016

Tidak mustahil untuk parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi kemenangan besar pada 2016 – di mana mereka memenangi hampir 90% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) – dalam pilihan raya negeri (PRN), kata pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang juga tunjang utama GPS.

Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, secara keseluruhannya GPS berasa amat yakin. “Tidak ada masalah” untuk menang majoriti dua pertiga dengan sekurang-kurangnya 55 kerusi tetapi cabaran besarnya adalah untuk mencapai keputusan sama seperti 2016 ketika parti dalam GPS sekarang menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) ketika itu dan berada di bawah kepimpinan Adenan Satem.



“Kami perlu bekerja lebih keras untuk memenangi 72 kerusi seperti di bawah kepimpinan Tok Nan (Adenan). Kami masih mempunyai beberapa hari untuk mencapai tahap pencapaian sebegitu. Namun, ia tidak mustahil,” kata Karim yang berhasrat untuk dipilih semula buat penggal kelima di Asajaya.

Karim menjangkakan larangan perhimpunan besar dan ceramah khususnya di kawasan bandar akan menjadi tamparan hebat kepada parti politik yang cenderung kepada pengundi bandar sambil menyatakan perhimpunan besar anjuran DAP telah menyebabkan berlakunya peralihan undi kepada mereka pada saat akhir sebelum ini.

“Kali ini, perhimpunan besar tidak dibenarkan dan mereka tidak boleh membawa penceramah terbaik dari Semenanjung untuk mempengaruhi pengundi atas pagar. Jadi, sama ada kami berupaya memenangi 72 atau lebih adalah bergantung kepada bagaimana kempen kami dalam tempoh beberapa hari lagi.”

Beliau percaya bahawa prestasi Pengerusi GPS Abang Johari Openg sejak mengambil alih jawatan Ketua Menteri dari Adenan pada 2017 akan menarik pengundi. Beliau memetik mengenai bagaimana Johari memperjuangkan supaya Petronas membayar cukai jualan negeri ke atas produk Petroleum kepada Sarawak.



Ketika kawasan bandar dilihat sebagai kubu kuat DAP, beliau berkata rungutan rakyat terhadap parti itu semakin ketara dan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan di Putrajaya dilihat sebagai “rahmat yang terselindung”.

“Walaupun banyak perkara dimasukkan dalam manisfesto PH, mereka tidak memenuhi janji. Ini menyebabkan ramai rakyat Sarawak berasa mereka seperti diperdaya,” katanya.

Karim mengakui terdapat kebimbangan bahawa mereka di kawasan luar bandar tidak sedar sebenarnya empat bekas parti komponen BN Sarawak telah membentuk gabungannya, terutama apabila ia adalah pilihan raya negeri (PRN) pertama bagi GPS untuk menggunakan lambangnya sendiri.

Beliau berkata BN telah menjadi sebuah institusi sendiri di negeri itu dan pengundi luar bandar mungkin tidak tahu siapa yang harus dipilih sekiranya tidak melihat lambang dacing pada kertas undi.



Karim turut menafikan bahawa GPS tergesa-gesa untuk mengadakan PRN disebabkan Undi18 sambil menjelaskan pilihan raya itu mungkin diadakan tahun lalu jika bukan kerana pandemik. FMT

PrnSarawak:GPS harap ulangi kemenangan besar 2016


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker